Training di Cyberjaya 6 bulan
Assalamualaikum w.b.t.
Sejak menamatkan semester akhir di Usim, saya memang tidak pernah update blog, masalah utama ialah, tiada akses internet dan juga terlibat dengan pelbagai kursus. tetapi Alhamdulillah, bermula bulan 7, saya telah secara rasmi berkhidmat di Cyberjaya. saya mengikuti program Cyberjaya Graduate Attachment & Training Programme (GREAT). Selama 6 bulan saya akan berkursus di sini dan menimba pengalaman bekerja di sektor industri yang sebenar-benarnya. Yang bagusnya Greate Program ini ialah, mereka menempatkan kita di syarikat sekitar Cyberjaya dan memberikan elaun sebagai imbuhan. Bulan pertama saya perlu mengikuti kursus persediaan pekerjaan dan aktiviti team building di Outward Bound School dan Riverbug Gopeng.
Aktiviti outdoor yang paling mencabar, semestinya Kayaking 2hari 1malam mengelilingi Pulau Pangkor sejauh 38km. Memang out stamina dan mental. Jauh beb
memang tak sangka kayak mengelilingi pulau, dengan arus dan hujan yang tak henti2. Cabaran bermula dengan penuh debaran. ada yang muntah, mabuk laut, tak larat kayuh, capsizes dan macam2 lagi. tapi yang penting, pemandangan dari luar Pulau Pangkor, memang sangat Indah dan pengalaman ini, bukan mudah untuk didapati. Malam itu saya dengan kawan2 transit di Teluk Sekadeh dan berkongsi pengalaman dan cerita dengan rakan2. Sungguh Menakjubkan.
Seterusnya saya mengikuti White Water Rafting di sungai Kampar. Dengan tahap kesukaran 3 dan kelajuan air sedehana, Water Rafting memang memberikan pengalaman baru menaiki bot di sungai yg penuh dengan batu. menjerit2 keseronokan semasa turun curam. wow tak terkata. sememangnya best
Bermula bulan Ogos, saya memulakan training di syarikat Horizon Medical World Sdn.Bhd. Tugas saya sebagai junior web programmer. banyak lagi saya kena belajar untuk menjadi betol2 pandai dalam bidang web programmer ini. apa2 pun, saya jadikan apa yg saya tidak tahu sebagai cabaran untuk terus mara dan menimba pengalaman. Syarikat yg saya sedang bekerja sekarang ini, menguruskan Insurance Medical Billing. Segala Claim dari perbelanjaan untuk perubatan, akan menggunakan system syarikat ini. Opppss, lupa untuk memberitahu, syarikat ini beroperasi di United Stated, dan Malaysia ini merupakan cawangan ke 5 seingat saya.
Ok, sampai di sini dahulu saya menulis hari ini, esok2 saya postkan artikel yang menarik sempena Ramadhan. akhir kata, rezeki itu di mana2, kita hanya perlu berusaha dan jangan mudah mengalah. Berdoa dan Bertawakkal juga jangan dilupakan. Wassalam

salam. saya baru dapat interview join great ni. so how about the interview session.what kind of questions will be asked. tq