Assalamualaikum. salam sejahtera dan salam semangat Maulidur Rasul kepada seluruh Umat Manusia yang beragama Islam dan cintakan keamanan di dunia dan di akhirat. Sepatutnya kalau nak becerita untuk Maal Hijrah, hari Jumaat lepas la masa yang terbaik. tetapi ada masalah pula dengan Hosting yang tak sempat nak update nameserver dan masalah saya sendiri yang agak sibuk pada hari tersebut. jadi selepas berhari2 terpendam macam itu ajer. saya mula menulis pada hari Rabu redup dengan penuh semanga yang  berkobar2. Posting ini merupakan permulaan saya di Tapak Baru dan Laman Baru iaitu www.JundullahOsman.com.

Maal Hijrah tahun ni penuh dengan konflik dan kontroversi. yela semuanya dah bercampur aduk dengan segala jenis politik. Sampaikan Maal Hijrah pun masih nak mencari kesalahan di segenap penjuru musuhnya. Cuba dalam setahun kita jadikan hari Maal Hijrah menjadi medan untuk mengeratkan ukhuwah sesama muslim. Cuba Imbas kembali sejarah berlakunya Maal Hirah, Sahabat dari kalangan Ansar dengan penuh rasa semangat Ukhuwwah Fillah menyambut ketibaan Rombongan Muhajirin yang sehelai sepinggang datang ke Madinah. mereka sanggup memberikan tempat tinggal, modal untuk berniaga hatta ada yang sanggup memberikan Isteri mereka kepada sahabat muhajirin. betapa tingginya martabat persaudaraan sesama insan di zaman Rasullah s.a.w.

marilah kita pada hari ini perbanyakkan selawat kepada Junjungan Rasullah s.a.w kerana tanpa baginda, kita sekarang tentu tidak akan merasa nikmat Iman dan Islam. akhir kata untuk permulaan posting ini, marilah kita kembali kepada petunjuk bagi umat Islam iaitu Quran dan As-Sunnah, moga2 kita tidak lari daripada petunjuk ilahi. apabila kita mendekatkan diri dengan Allah, kita akan mudah nampak yang mana Hak dan yang mana Batil. dan jangan menjerumuskan diri kita ke Jalan kebatilan. Wassalam