Assalamualaikum.

Moga sihat2 di awal musim tengkujuh ni. Dah start hujan berantai dan beberapa hari ni. datang kerja dari Nilai ke Cyberjaya menaiki motorsikal dalam hujan, memang menguji kesabaran. Jika hilang fokus dalam pemanduan, buruk akibatnya, motorsikal plak tu. huhu. Bagi menjamin keselamatan, Tayar motor-ku menggunakan tayar yg berkualiti dan bersaiz besar. Brek disk motor-ku mesti berfungsi dengan sempurna. Minyak 4T dgn 2T motor-ku memang dijaga dan yang penting dan teramat penting ialah SIKAP kita sebagai pemandu.

Tajuk post hari ni, ada kaitan sedikit dengan diri kita di jalan raya. Kemalangan hari2. Lebih2x kalau hari hujan atau jalan basah. Mesti ada la kereta yang menjadi Burger KING, Burger Oblong, Burger McD Triple Cheese dan sebagainya. Tu tak kira lagi eksiden yang jadi lunyai macam sambal belacan.

Memang Tak dinafikan, faktor cuaca dan jalan raya menjadi penyebab. tetapi jika kita mempunyai sifat sabar dan Bertimbang Rasa, Kemalangan, pergadunhan, kecederaaan dapat dikurangkan.

Cadangan saya  bagi mengatasi masalah ini ialah:

  1. Belajar menjadi lebih penyabar
  2. Bertimbang rasa dan berhemah
  3. Letakkan diri kita di situasi mereka yang melihat kita cth: kita memotong barisan semasa kesesakan, adakah kita MARAH.
  4. Jadilah seorang yang berjiwa besar dan tidak mudah melatah
  5. Berdoa serta tawakkal semasa menaiki kenderaan

Kemalangan bus yang berlaku di Melaka baru2 ini, dan menyebabkan kematian lebih dari 15 orang adalah berpunca daripada kesilapan pemandu (kelajuan lebih dari 120 km/j), dan lambatnya Ambulans serta bantuan lain  sampai ke tempat kejadian. Bayangkan semasa kesesakan akibat kemalangan tersebut, ada pemandu yang pentingkan diri sendiri menggunakan laluan kecemasan, dan mengakibatkan Ambulans, lambat sampai. Jangan lupa, setiap perbuatan yang memberikan akibat kecelakaan kepada orang lain, akan di hitung amalannya. fikir2 kan lah.

Di bawah ini, video mengenai satu kemalangan di Eropah, antara penunggang basikal dengan pejalan kaki. yang menariknya, keduanya boleh bertolak ansur, dan tiada langsung perang mulut serta pergaduhan. Lihat, betapa professionalnya dengan tidak bergaduh di tempat awam. Bayangkan kalau kejadian tersebut berlaku di Malaysia. Anda pun Tahu Jawapannya kan. he. Sedangan bergaduh di stadium selepas melihat perlawanan Bola Sepak pun boleh akibatkan kecederaan teruk sebab per GOCOH, takkan la kes kene langgar dengan basikal pun nak lepaskan camtu je. So fikir2 kan la. kita banyak pilihan, dan setiap pilihan kita tu, ada ganjarannya. wassalam.