Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.

Entri kali ini, saya hendak review mengenai satu sistem kedai jualan online, ataupun dengan nama popularnya Shopping Chart. Sistem yang saya maksudkan, tidak lain dan tidak bukan ialah Sistem Kedai Online NiagaKit. Untuk lebih senang kita panggil System Niagakit.

Riaksi pertama saya semasa membuka halaman www.Niagakit.com ialah, betol ke system ini dibangunkan oleh rakyat dan syarikat tempatan?. Macam tak percaya aje, sebab sistemnya bagi saya, produk ini sangat canggih dan memukau pandangan. Ianya boleh dikatakan setaraf produk yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi antarabangsa. Mungkin ayat saya ni, bunyi macam bodek aje kan, tetapi percaya lah, inilah pandangan jujur saya apabila mencuba Sistem Niagakit. 3B patah perkataan yang saya boleh gambarkan, Bergaya, Berkuasa dan Bermutu.

Sistem Niagakit yang telah di usahakan oleh Team Flabiz telah banyak membuka mata ramai pihak tentang kemampuan warga tempatan dalam membangunkan produk yang bermutu. Walaupun harga yang ditawarkan lebih murah berbanding produk yang di hasilkan oleh saingan dalam dan luar Negara, tetapi mereka tidak mengabaikan kualiti dan prestasi dalam Sistem Niagakit. Maka tidak hairanlah jika Sistem NiagaKit telah menarik minat ramai pengusaha, peniaga dan company yang mempunyai nama dalam arena bisness Malaysia. Antara contoh pelanggan Sistem Niagakit ialah Aman Razak Group Sdn. Bhd. syarikat pengedar kereta mewah milik anak tempatan Kelantan.

Sistem Niagakit dibangunkan kerana terdapat permintaan daripada kalangan pengusaha produk fizikal yang mahukan sebuah kedai jualan online yang mesra pengguna serta mudah diseliakan. Kebanyakan sistem kedai jualan yang yang ditawarkan menggunakan CMS (content management system) yang agak rumit serta susah untuk dikawal selia. Antara contoh kedai jualan online yang menggunakan CMS ialah Zen Chart, Os Commerce dan cube Chart. Banyak lagi system yang saya tidak senaraikan, cukuplah dengan 3 contoh di atas supaya boleh dibuat perbandingan.

Pada awal kemunculan Sistem Niagakit, team Flarebiz menggunakan sistem WordPress sebagai platform. Selepas kuota habis dijual, mereka mula merancang untuk membangunkan Sistem Niagakit tanpa lagi menggunakan sistem WordPress. Jadi  Sistem Niagakit yang sekarang ini merupakan hasil sepenuhnya tenaga kerja tempatan bermula dari lakaran, perancangan SDLC (system development live cycle). Hasil kerja keras semangat berpasukan maka lahirlah versi Beta. Saya sendiri, sangat kagun apabila mencuba versi demo Sistem Niagakit. Seolah-olah terasa sistem tersebut bukan dibangunkan oleh team yang baru lagi di arena pasaran tempatan. Maka tidak hairanlah, Adly (Pengasas Flarebiz) dalam satu postnya di Facebook menyatakan Syarikat gergasi jutaan ringgit menganggap mereka syarikat baru sebagai saingan yang kuat. Begitulah hebatnya penangan Sistem Niagakit.

Ok, jom kita lihat Sistem Niagakit dengan lebih terperinci struktur serta kelebihan yang ada. Saya akan menggunakan istilah Admin merujuk kepada Pembeli Sistem Niagakit.

Sebenarnya panjang lagi entry ni, penuh dengan screenshot. susah pula nak masukkan dalam wordpress editor ni gambar2 tersebut. ok sebagai alternatif, apakata anda download sahaja entry ini dalam versi PDF. saya namakan ebook ini sebagai:  Ebook review Sistem Niagakit. anda boleh download dibawah ini. silakan.

Download Percuma