Nolan & Bale gabungan menjadi

18 Julai aka smlm, ambe ada dapat 2 tiket percuma untuk Dark Knight Rises Tajaan P1 melalui rakan blogger DenaiHati. Pergi la dengan membe @dzul ke Sunway Piramid. 1st time ambe masuk ikut pintu depan, selalu, park kat area sunway lagoon, depan lot kedai tu, masuk ikut resort… tembus area ice skate. hehe.

Pendapat ambe, Christopher Nolan & Christian Bale memang sangat menjadi. Sisi gelap, emosi, drama dan kebangkitan batman ditonjolkan dengan kemas, dramatik dan suspens. Selalu kita tgk filem superhero, penuh dgn kuasa hebat, kalis lebam dan sakit, tetapi, start batman begins, superhero cuma manusia biasa, ada bantuan alat2 canggih untuk hebat. bagi ambe cool.

Walaupun Dark Knight Rises skala letupan, suspens, dramatik dan kebangkitan sangat memukau, karekter antagonis, Bane masih di belakang JOker lakonan heath ledger. Jangan nanti terkejut, kalau2 karekter Joker ni, meresapi peminat fanatik dan membuat onar huru harakan keadaan. heath ledger pon boleh terbunuh akibat menghayati karekter, penonton pun mudah meniru aksi tersebut dgn mudah. Opppps, Batman tiada di dunia nyata.

Dark Knight Rises, mahu menonjolkan kuasa rakyat dalam mencorak ragam negara. Rakyat boleh bangkit bila2 masa untuk menentang kezaliman dan penindasan. Sekuarang2 nya akan muncul seorang yang berkaliber untuk menumpaskan musuh di medan peperangan. siapa tahu?

P1 ada bagi goodies bag, dapat baju, tapi saiz xs … ohh adakah diorang mahu ambe kurus ke tahap itu, haha. mekacih untuk goodies yang menarik. Mekacih juga untuk rakan blogger Jaws , Anarm yg sudi menjemput menonton. Dark Knight Rises? memang filem terbaik untuk P1 menjadi penaja rasmi. coool.

p/s: ambil perhatian

  • Contest untuk P1 Personal 4g wifi modem MiFi MF230
  • Dapatkan maklumat lanjut di FB P1 Buddy
  • Like post ini jika suka :)

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge