Tips Peperiksaan dari Dr ABDUL QADIR ALHAMIDY
Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi dan dirahmati sekalian. Esok maka bermulalah penantian selama 4 tahun di USIM ini “peperangan” terakhir sebagai pelajar Universiti. pelbagai perasaan yang datang. Bercampur baur, gembira, sedih, gugup, berdebar, dan yang paling terasa ialah, selepas ini, tiada lagi pengalaman berdebar memasuki dewan peperiksaan. Tiada lagi kebisingan, bebelan dan kegembiraan yang datang dari calon yang menjawab kertas Ujian. Semua pengalaman ini, hanya datang singgah dan berlalu pergi apabila Masa pun beredar. Belum masanya lagi untuk kita bersedih, peperiksaan yang sebenar menunggu di hadapan kita. Selamat menjawab Peperiksaan kepada semua Kawan-Kawan seangkatan dengan saya. Jawablah dengan bersungguh-sungguh. Jangan leka dan jangan cuai. Tawakkal kepada Allah. Semoga kita sama2 dibantu oleh-Nya.

Credit pic to: 3.bp.blogspot.com
Sedikit tip-tip peperiksaan yang sempat saya ambil daripada Ustaz yang sangat saya hormati dan kagum dengan keihklasannya mencurahkan ilmu kepada kami. Beliau sangat Arif dengan ilmu yg berkaitan dengan Quran. Dan dari beliaulah saya belajar banyak erti kesabaran sebagai seorang guru yang ikhlas dalam mencurahkan Ilmu. Walaupun kami dalam kelas dan kuliah sering “lari fokus” di sebabkan masa pembelajaran yang padat, tetapi bagi kami, DR HJ. ABDUL QADIR UMAR USMAN ALHAMIDY, berada dalam kelasnya yang tersendiri sebagai pendidik yang berkaliber dan penuh ilmu di dada. Di bawah, saya senaraikan antara panduan penting yang diberikan beliau bagi menempuhi peperiksaan di Universiti. “untuk pengetahuan, beliau merupakan lepasan Al-Azhar dan mendapat BA, MA dan PHD disana”.
Panduan Peperiksaan oleh DR HJ. ABDUL QADIR UMAR USMAN ALHAMIDY:
- Jangan mengulangkaji lagi sebelum memasuki dewan peperiksaan.
- Datang awal sebelum masa peperiksaan bermula
- Yakin dan percaya dengan apa yang sudah diulangkaji.
- Jawab dengan tenang dan baca soalan peperiksaan dengan cermat dan berhati-hati
- Jaga tulisan, jangan comot, jangan cakar ayam dan jangan memberikan susah kepada pemeriksa membaca.
- Jawapan hendaklah berdasarkan markah yang diperuntukkan. Janganlah soalan 2 markah, kita menjawab 2 helai.
- Jika matapelajaran dalam Bahasa Arab, jaga Nahu serta tatabahasanya. Begitu juga jika mata pelajarannya dalam bahasa English. (di USIM menggunakan b.Arab dan English sahaja sebagai bahasa pengantar).
- Jangan gopoh menyiapkan cepat peperiksaan tersebut. jika sudah siap, tunggu sahaja di dalam dewan. jangan lekas mahu keluar.
- Jangan menipu di dalam peperiksaan.
- Gunakan Study week yang disediakan oleh Universiti sebagai masa mengulangkaji optimum. Bukan masa balik bercuti di kampung ya. he
Itulah,sepuluh tip yang diberikan oleh DR HJ. ABDUL QADIR UMAR USMAN ALHAMIDY kepada kami semasa Kuliah Terakhir minggu lepas. Tip ini tidak semestinya perlu dipraktik kan oleh pelajar USIM sahaja. Sesiapa pun yang belajar boleh mengamalkannya. Mungkin tip yang diberikan kita biasa dengar semasa ceramah-ceramah motivasi di TV dan seminar. Tetapi, bagi saya, inilah pengalaman beliau sendiri cemerlang semasa beliau menjadi pelajar. Yang paling mustahak, ianya lebih dekat kepada kita, dan lebh berkat untuk kita cuba mempraktikkannya. Selamat Menjawab Peperiksaan daripada saya Jundullah Osman kepada semua warga USIM terutama sekali FPQS/QM tahun 4. semoga kita berjaya dan gemilang di dalam peperiksaaan ini.
Wassalam

Assalamualaikum… Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..
Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).
"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"
P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini… sila klik
DISINI
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". – Surah Al-Asr:1-3.
blog anda bagus dan bermanfaat…!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.
My recent post BAPAK KENCING BERDIRI ANAK KENCING BERLARI