Tagged: syawal di perantauan

Biarkan Syawal Pergi

Assalamualaikum w.b.t.

Tajuk post kali ni dah macam Novel la pula. Sekarang pukul 4.10 am, aku mula menulis, Serius, xdapat tidur la, banyak gangguan. Habis la Siang aku kali ni. Apa2 pun, sementara ada masa yang kejap ni, baik update blog jap. Kejap je Syawal dah tiba ke penghujung. Hari ni 29 Syawal 1432H. Alhamdulillah, semalam 26 Sept, sempat juga aku habiskan puasa 6 Syawal. Puasa Enam ni memerlukan satu Disiplin yang tinggi, bukan senang nak puasa di kala penuh Open House memanggil 2x ni. hehe.

Raya tahun ni, tetap sama macam tahun2 lepas, berada dengan 11 orang adik aku di rumah. Abah dan Mama yang penat meniaga di hujung2 Ramadhan. Alhamdulillah, Rezeki lebih sikit la berbanding bulan lain. Dan aku pada Ramadhan kali ni, sempat luangkan lebih 2 minggu bersama keluarga. Yela, mana tau, tahun2 depan, dah susah nak dapat peluang macam ni ye tak.

Raya kali ni, ada kisah sedih nak share. Mak Lang aku, Husni bte Abdullah, kembali ke Rahmatullah pada hari raya kedua. Petang tu sempat la berbual2 dengan Maklang, Dalam lepas Isyak, dapat kol dari che Na, kata Maklang meninggal. Siapa yang tak terkejut dengan berita mengejut mcm tu. Dari Pasir Tumbuh terus patah Balik ke Tumpat. Malam tu Baca Yaasin sambil menunggu adik beradik yang tak balik beraya di kg datang. Esok nya, Jenazah Maklang di semadikan di Tumpat. Suasana pilu jangan cakap la, semua dalam situasi terkejut. Apa pun, yang pergi kita Redha kan, yang ada lagi, tingkatkan amal, perbayakkan kebaikan. Alfatihah untuk Maklang.

Untuk Syawal kali ni, Ramai teman2 seperjuangan masa USIM, melangsungkan perkahwinan. ada diantaranya, memang xdapat nak pergi, sebab jauh dan xda transpot Smile . Selamat pengantin baru kepada Mahfuzah, Irwanaida, Saiyidah, Aisyah dan Geng2 bertunang, Hasif dan seangkatan dengannya. Giliran aku pulak, Insyallah, doakan lah untuk aku murah rezeki yer Smile

Oktober bakal menjelang, banyak projek nak siapkan ni. Insyallah, Moga dipermudahkan segala gerak kerja yang dirancang. Insyallah. Wassalam. Jemput Komen yer.

Salam Syawal Kemerdekaan 1432H / 2011 M

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan2. Maaf Zahir dan Batin atas salah silap dan tutur kata dan apa sahaja. semoga Aidilfitri Kali ini menjelmakan hasil latihan Madrasah Ramadhan kita sebulan yang lepas.

Pagi tadi sembahyang Raya di Masjid Batu Enam, Kuala Terengganu. Rasanya, tidak pernah lagi sepanjang hidup ini, solat Aidilfitri di Masjid lain. Dari Kecil sampai besar, memang membesar di Masjid tersebut. Khatib Aidilfitri Hari ini, Khatib jemputan, iaitu Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Kongsikan sedikit isi Khutbah tadi:

  1. Jelmakan Latihan Ramadhan di bulan2 lain dengan berbuat amal maaruf Nahi Mungkar
  2. Mulakan Kekuatan Islam bermula dari diri sendiri dan keluarga
  3. Kita mampu membawa perubahan kepada lebih baik dengan mengamalkan nilai2 Islam
  4. Aidilfitri satu Syiar Islam, bukan budaya tempatan
  5. Elakkan pembaziran dan kemalangan

Esok 31 Ogos 2011, Hari Kemerdekaan ke 54 Malaysia. Sudah Setengah Abad kita merdeka. Merdeka kan diri kita dari anasir jahat dan merosakkan diri. Jangan selepas kemerdekaan yang ke 54, kes pembuangan bayi meningkat, gejala sosial, jenayah murtad, keharmonian terjejas. Sepatutnya, kita sudah semakin matang dalam mencorakkan negara dan Bangsa menjadi lebih beretika dan mulia.

Continue reading