Tagged: nasihat lebaran

Salam Syawal Kemerdekaan 1432H / 2011 M

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan2. Maaf Zahir dan Batin atas salah silap dan tutur kata dan apa sahaja. semoga Aidilfitri Kali ini menjelmakan hasil latihan Madrasah Ramadhan kita sebulan yang lepas.

Pagi tadi sembahyang Raya di Masjid Batu Enam, Kuala Terengganu. Rasanya, tidak pernah lagi sepanjang hidup ini, solat Aidilfitri di Masjid lain. Dari Kecil sampai besar, memang membesar di Masjid tersebut. Khatib Aidilfitri Hari ini, Khatib jemputan, iaitu Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Kongsikan sedikit isi Khutbah tadi:

  1. Jelmakan Latihan Ramadhan di bulan2 lain dengan berbuat amal maaruf Nahi Mungkar
  2. Mulakan Kekuatan Islam bermula dari diri sendiri dan keluarga
  3. Kita mampu membawa perubahan kepada lebih baik dengan mengamalkan nilai2 Islam
  4. Aidilfitri satu Syiar Islam, bukan budaya tempatan
  5. Elakkan pembaziran dan kemalangan

Esok 31 Ogos 2011, Hari Kemerdekaan ke 54 Malaysia. Sudah Setengah Abad kita merdeka. Merdeka kan diri kita dari anasir jahat dan merosakkan diri. Jangan selepas kemerdekaan yang ke 54, kes pembuangan bayi meningkat, gejala sosial, jenayah murtad, keharmonian terjejas. Sepatutnya, kita sudah semakin matang dalam mencorakkan negara dan Bangsa menjadi lebih beretika dan mulia.

Continue reading