Perjuangan 4tahun di USIM tamat
Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua pembaca yang penuh dengan senyuman. Sangat lama saya tidak update blog ni. kalaulah blog ini ada perasaan, mesti dia dah merajuk dengan saya
Tanggal 25 September 2010, maka tarikh bersejarah saya menamatkan pelajaran peringkat Degree secara rasmi. Bercampur baur perasaan, gembira kerana tak perlu masuk kelas, sedih sebab tak dapat masuk kelas
dan macam2 lagi perasaannya. tetapi apa yang penting, saya dapat membuat Abah dengan Mama gembira dan terharu pada hari tersebut. Sekurang2nya, ijazah ini sebagai hadiah kepada Abah dan Mama yang membesarkan saya dari tahun 1985 sampai 2010, Dari pandai merengek sampai pandai berucap di depan. Jasa keduanya, tidak terbayar dengan apa harga sekali pun.Alhamdulillah, setelah saya tidak berkonvo semasa diploma pada tahun 2006, akhirnya, saya hadiahkan segulung Ijazah yang cukup berharga ini.
Abah dengan Mama saya terbangkan khas dengan AirAsia sehari sebelum konvokesyen. Seronok mama, 1st time dapat naik flight, abah pulak, dah pernah naik masa dia muda2 dulu, time belajo kat Arab Saudi. Kalau dah belajar kat Arab Saudi, mesti la pernah buat haji kan, dan kalau pernah buat haji, mesti kene guna title Haji Osman kan. he. Tu la, abah pernah cakap, title haji tak penting pun, yang pentingnya, kesempatan kita pernah menunaikan haji di Makkah. Insyallah, target sebelum umur 35, nak bawa abah, mama pergi haji bersama. Doakan dipermudah yer.
Hari konvokesyen untuk Fakulti Quran dan Sunnah sebelah petang. Jadi,kami bertolak dari Cheras (rumah pakcik) dah dalam pukul 11, singgah Restoran Saba’ bungkus nasi arab, abah nak try. Akibatnya, sebab agak lama kat Saba’ tu, kelam kabut sampai PICC (lokasi konvokesyen ke-8 USIM). Tapi, takde la kes tertinggal masuk ke Dewan.
Dalam kemeriahan untuk menerima skroooooooool atas stage, beberapa sahabat saya tidak dapat bersama berkonvo. Masalah utamanya ialah tidak dapat mencapai tahap MUET yang di tetapkan oleh universiti. jadi mereka terpaksa mengambil MUET kembali sampai lulus syarat Universiti. Di USIM ni, MUET menjadi beban kepada pelajarnya. Ada yang lebih dari 3kali, masih tidak mencapai target. dan ada yang sampai ke sudah menjadi beban. Pihak USIM juga sepatutnya mencari jalan dan langkah yang lebih rasional dalam menyelesaikan isu ini. Iye MUET sangat penting, tetapi, jangan la sampai membantutkan hasrat pelajar untuk bergraduasi. memang tidak adil.
Pada Sidang petang sepatutnya Tan Sri Yusoff Nor yang menyampaikan skooool, tapi di ganti saat2 akhir dengan NC USIM Prof Dato’ Dr Muhammad Muda. kalau yang Sidang Pagi, Tuanku Najihah yang menyampaikan Skroll. takpe la, janji konvo juge kan. he. Sudah selesai acara dalam dewan, bertebaran la budak2 ni masa keluar dewan, bergambar, bersembang n bermacam2. he. Gambar studio di atas tu, memang kene beratur lame giler baru dapat nak snap. ramai sangat orang. Dah la, gambarnya dapat tak seberapa, saya edit balik, jadi la gambar kat atas tu. he.
Alhamdulillah, berkat kesabaran, doa daripada family kawan2 dan ehemmm, dapat la saya menghabiskan 4 tahun di USIM ni, bukan satu yang senang tau nak menamatkan degree selepas 3 tahun bergelumang untuk diploma. apa2 pun, tahniah untuk JUNDUALLAH OSMAN (ucapan semangat
) semoga berjaya untuk next stage fasa kehidupan. Koleksi gambar konvokesyen saya kepilkan di bawah. Wassalam.
p/s: nanti tambah lagi gambo, xsempat edit lagi
-
-
-
Alhamdulillah, tahniah diucapkan. Semoga tabah menghadapi cabaran yang mendatang.
Syafrizal Baru Menulis Artikel di..Growmap Anti Spambot Plugin selesaikan masalah Spam
-
-
peargh…
dah grade dah..
keje mana skang bro?
kacak gambar..
Jaws Baru Menulis Artikel di..Aplikasikan Teknologi Google Dalam DemoSlam
-
thanks,
aku kan grad sama dengan pie
gambar kacak, bukan aku ke dalam gambar tu yg kacak, hehe,
keje kat cyberjaya sekarang ni, under cyberview sdn.bhd
Jundullah Osman Baru Menulis Artikel di..Training di Cyberjaya 6 bulan
-
- Comment Feed for this Post
- 17 Ramadhan itu Nuzul Quran
- Tahun Baru-2011-Sarjana-Azam Baru-Piala Suzuki-Masters-Senyum Sokmo
- Hari ini 15 Ramadhan dan lusa Nuzul Quran
- kembali ke medan blogging…….
- Menghadiri Kursus Keusahawanan-Jadi Usahawan
- Siapa Muhammad Alexander dan Kisah Yakjuj Makjuj
- Singkatnya masa dalam seminggu….
- Kursus Kahwin Termurah di Masjid Besi, Putrajaya
- Manusia yang berjiwa besar adalah…………

tahniah bro
slimdiet2 Baru Menulis Artikel di..TELAH BANYAK KAJIAN MENGENAI KOLOSTRUM DILAKUKAN