Leganya Kursus Kahwin dah Selesai….

Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua pembaca budiman.
fuhhh, memang lega sangat rasanya apabila kursus kahwin yang kami handle semalam dah selesai. (bukan handle mane pun, cari peserta je. hihi)…baca artikel ni masa promosi :—> Iklan kursus kahwin putrajaya
2 minggu lebih saya dengan Hanis mencari peserta yang berminat menghadiri kursus tersebut. memang susah, sebab majlis ni adalah anjuran syarikat luar. tapi apa pun, seramai 68 orang peserta telah berjaya menghadirkan diri dan mengikuti semua slot wajib kursus kahwin dengan jayanya.
Ada juga peserta selain USIM yang menyertai kursus tersebut, mereka dapat tahu dari Facebook dan juga email yang di forwardkan. maksudnya, menjadi jugak mendapatkan prospek dengan Facebook ni. salah satu tool internet marketing yang mengancam dan berkuasa. saya ada create Facebook event untuk majlis ni, lebih dari seratus invitation saya lakukan. feedback, separuh memberikan respond Not Attanding, mybe Attanding pun banyak jugak. dan comfirm attanding tak sampai sepuluh org. yang comfirm tu pun, 3 org aje dapat pergi. hehe.
Adakah disini menunjukkan promotion tidak menjadi menerusi internet, dan kena guna kaedah offline untuk mencari prospek?? bagi saya tidak, FB event tersebut sangat berjaya, kerana, walaupun tidak ramai yang menghadiri kursus melalui FB event, tetapi, perkara yang lebih penting adalah, saya tidak perlu membuang masa mempromosikan kursus ini kepada mereka yang tidak dapat menghadiri kursus tersebut. jadi jimat la masa dan tenaga. boleh la saya tumpukan kepada mereka yang lebih berpeluang mengikuti. betol tak.
Ramai sebenarnya nak menghadirkan diri, tetapi, masa dan tarikh tidak kena, ada yg ad test, sukan, balik kg dan sebagainya. sebahagiannya pula sudah mempunyai sijil kursus kahwin. dan sebahagian yang lain mungkin kekurangan bajet dan masalah2 yg tak dapat dijangka.
Pada kursus semalam, saya dapat kenalan baru seperti Pengurus OpenMind Resources Cik Tengku Maidah, pembantunya Mardiah kot, terlupa nama, hehe, teknikal staf en Adif, dan kawan semasa di KUIS dahulu, Hassan. banyak perkara baru saya dapat belajar dari mereka, terutama Cik Maidah. Dia merupakan salah seorang peserta skim usahawan micro. banyak pengalaman dia berurusan dengan banyak pihak. dan yg lebih penting, tip2 untuk menjadi usahawan yang berjaya juga dikongsikan bersama. Terima kasih banyak2 kepada semua ahli OpenMind Resources yang sangat ramah dan friendly.
Majlis berakhir pukul 9.45 malam, semua peserta memang dah kuyu dah, keletihan dan kepenatan tu. yela, berJam-jam duduk mendengar syarahan. so faham2 jela, menguap panjang ader, mata merah pun ada, yang tak larat nak jalan pun ada. he. Yang penting, feedback majoriti peserta sangat memberangsangkan, dan berpuas hati dengan pakej yang di tawarkan. Yela RM70 je pun. ok la.hihi
Balik semalam dengan Hanis, naik Motor LC135 dia tu, lebat pulak hujan kat highway, habis kuyup basah badan. apapun, banyak perkara positif yang berlaku semalam. dah prepare untuk bisness sendir dengan partner baru, projek baru, suplier baru, idea baru dan yang paling penting, semangat baru untuk menempuh dunia baru pada bulan 5 nanti. Insyallah, bila sampai asanya, saya kan ceritakan apa projek yang akan berjalan tu. tunguuuuuuu….. Wassalam.
P/S; gambar2 kursus nantila, belum ambil dari Hanis lagi, he
-
-
-
#3 written by NorAdilahOsman 2 years ago
-
- Comment Feed for this Post

best dapat join kursus ni bebaru ni. he