17 Ramadhan itu Nuzul Quran

0

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini, sudah 16 Ramadhan 1432H bersamaan 16 Ogos 2011. Pejam celik sambil tenyeh2 mata, memang cepatnya masa berlalu, pertengahan Ramadhan yang dijanjikan keampunan oleh Allah sudah hampir ke penghujungnya. Di pertengahan Ramadhan ini juga, ada peristiwa besar yang selalu kita sebut, iaitu Nuzul Quran. Nurul Quran jika diterjemahkan dalam bahasa melayu kita, Penurunan Quran. Apa peristiwa disebaliknya? apa Hikmahnya? Jom kita sama2 ulangkaji kembali kisah dan peristiwa di sebalik Nuzul Quran.

Banyak artikel yang dapat kita baca mengenai Nuzul Quran di Internet, dan pelbagai sumber lain, tetapi, yang lebih utama, ialah, peranan kita dalam menghayati Quran itu sendiri. Sepanjang Ramadan 15 Hari lepas, berapa muka surat Al-Quran sudah kita baca, apa manfaat dari setiap ayat yang kita baca. Alhamdulillah, jika kita dapat rasa kenikmatan bacaan Al-Quran itu dari mulut dan lidah kita. Dalam masa yang sama,cuba fahami, maksud tersirat disebalik ayat2 suci, maknanya kita mengambil manfaat Ramadhan ini untuk mentarbiah diri kita menjadi lebih tawaduk dan menunduk kepada Nya. Dengan Ramadhan, sebagai Bulan Latihan, manfaatkanlah setiap saat nafas kita dalam 30 hari ini, kita akan tergolong dalam kalangan mereka yang beruntung.

Jom klik artikel saya pada tahun lepas mengenai kisah Nuzul Quran disini – > Hari ini 15 Ramadhan dan lusa Nuzul Quran

Alhamdulillah, kita akan memasuki fasa terakhir Ramadhan, iaitu fasa 10 Terakhir Ramadhan, di sini lah datangnya Lailatul Qadar, Pengampunan dosa dan tempat terbaik untuk kita pulun melakukan ibadat secara maksimum. Insyallah, besar manfaatnya. Jom IHYA RAMADHAN. Wassalam.

BerPUASAlah Segala-Galanya

0

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat memasuki Fasa ke-2 Ramadhan 1432 secara rasminya hari ini. Sepertimana kita tahu, Ramadhan, pada awalnya RAHMAT, Pertengahan PENGAMPUNAN, dan Penghujungnya DISELAMATKAN DARI NERAKA. Dalam masa yang sama, banyaknya Bonus Istimewa RAmadhan ni setiap tahun, iaitu Setiap amalan digandakan ganjaran 10x ganda, LAILATUL QADAR, Dibelengunya Syaitan dan bermacam2x lagi. Yang pastinya, kita generasi sekarang banyak terlepas peluang hebat ini, termasuk diri ini.

Sedikit perkongsian bersama, sementara kita diberikan kesempatan bertemu Ramadhan kali ini, kita boleh mulakan titik punca untuk merubah dari sekarang kepada lebih baik. Dariapda Malas kepada Rajin, daripada lalai kepada tekun, daripada dunia kepada akhirat dan sebagainya. Saya sebagai org muda, masih lagi susah untuk berganjak kepada lebih baik, masih lagi di takuk lama, dan perlukan latihan bagai, dan sebagai tempat latihannya, Ramadhan merupakan tempat sebaiknya untuk melatih diri. Tanpa Ramadhan, jiwa kita susah untuk menangis dan khusuk kepada Allah, kenapa Ramadhan? Kerana Ramadhanlah masa Allah sediakan untuk hamba2nya kembali khusyuk dan melatih diri kembali kepadaNya.

Ramadhan bukan bulan Transit untuk Syawal !!! Ramadhan juga bukan bulan berpuasa Perut semata-mata, Bahkan Ramadhan ialah bulan mengenal erti kemanusiaan sejagat, bulan mendidik nafsu, bulan silaturrahim dan juga bulan menjalankan kebajikan. Jangan sampai suatu masa nanti, Ramadhan tinggal pada nama, sekadar tempat persinggahan sementara menggu raya. Tidak perlu menunggu masa hadapan, sekarang ini pun, kita sudah merasinya, generasi moden sekarang, sudah mengabaikan keindahan Ramadhan itu. Ramadhan Tanpa ibadat, khusyuk dan penghayatan ibarat, menjerang air sampai kering. tiada hasilnya.

Untuk diri saya dan pembaca semua, Hargailah Ramadhan yang kunjung tiba dengan menghidupkan siang dan malam dengan kebaikan dan amalan. Luangkan lebih masa dengan Al-Quran, Beriadahlah di malam nya dengan Solat Taraweh, Ringankan tangan dengan bersedekah, beratkan mulut dengan kurang bercakap, rehatkan mata, telinga serta anggota badan dari dosa. Insyallah, Kita boleh mencuba dari sedikit demi sedikit sehingga kita dapat kenikmatan Ramadhan itu.

Adakah ini Ramadhan kita yang TERAKHIR ???

Jom layan Kuliah Uztaz Azhar Idrus Baru2 ni di Kota BHaru. Video Kuliah ada kat atas. agak pangjang sikit, lebih dari satu Jam. Tapi memang berbaloi2 mendengarnya. Wassalam.

(more…)

Wordless Wednesday #4

4

new look

Bila Ramadhan bukan lagi di Nilai !!!

0

Assalamualaikum w.b.t.

Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak. Selamat menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan pada 2011 bersamaan 1432 hijriah. Moga segala ibadah yang kita laksanakan di bulan mulia ini, diterima oleh Allah. Insyallah. Tahun ni, bermula Menjalani ibadah puasa di Sungai Tangkas, Bangi, Sebelum ini, sudah 5 kali Ramadhan telah sempurna dengan jayanya di Nilai, Negeri Sembilan.

Kat Bangi kali ni, berpuasa bersama Afif, Mizi dan Pali (member lama masa maahad & Kuis). Rutin hari2 bulan Puasa, depan laptop, menaip kerja2 tertangguh dan juga, menonton apa yg patut Smile.

Apa yang menarik setiap kali Ramadhan ialah, kekuatan untuk menahan nafsu makan. memang betol, bulan puasa ni la, tempat latihan terbaik untuk mengawal makan. masa siang, mudah je kalau tak makan, tapi, cuba tengok malam, Fuhhhhhh, susah beb, macam2 makanan ada, kalau takde menarik, sanggup keluar cari makan tu. Almaklum la, kat Bangi ni kan, memah dengan kedai makan, jadi, kalau setakat nak masakan panas, western & fast food, memang takde masalah la.

Apa2 pun, azam puasa kali ni, nak kontrol makan, stakat ni, boleh la, kawal sket2. insyallah, kene usaha lebih lagi. dalam masa yg sama, ada beberapa perkara lagi yg mahu di capai dalam Ramadhan kali ni, malas nak sebut plak kat sini. hehe. nak tau ke? xpayahla. hehe.

Ok lah. Setakat ni dulu, nanti, sembang lagi, Streamyx duk offline dekat seminggu dah, selenggara apa lama giler. geram dah ni. k, selamat berbuka, Wassalam.

Jom Layan Ceramah Oleh Ustaz Azhar Idrus Kat Bawah tentang Puasa Org MELAYU….

(more…)

Wordless Wednesday #3

0

 

certiport-test

Go to Top