Program GoMeasure With Google Analytic di Hotel Hilton
4
![]() GoMeasure With Google Analytic 2011 - Hilton Hotel KL |
Assalamualaikum w.b.t.
Semalam 8 September 2011, bersamaan 10 Syawal 1432 H, Saya berkesempatan ke Hotel Hilton, KL, menghadiri Seminar GoMeasure With Google Analytic, anjuran Google Malaysia. Saya pergi berseorangan sahaja, tiada plak housemate yang rajin nak ikut saya
. Program start pukul 2pm sehingga 6.30pm. Yuran Penyertaan? Percuma Sahaja. tu yang rajin pergi
.
Al-Kisahnya macam ni, Blog Amanz.my ada post artikel ni Pelajari Pelbagai Tips Berkaitan Google Analytics Melalui Seminar Percuma Oleh Google Malaysia beberapa minggu lepas. Saya pun apa lagi, bunyi pula percuma terus mendaftar. seminggu lepas tu, dapat email comfirmation untuk masa dan lokasi. Hari rabu dapat satu email lagi untuk kod comfirmation onsite registration. Yang menariknya, saya mendaftar sebagai IT Executive daripada company yang baru berusia beberapa hari , iaitu DigitalTijarah Network aka My Company
.
Pengisian memang best, Slot di isi oleh Speaker Professional yang di jemput khas oleh Google. Antaranya:
-
Vinny Vijeyakumar, Senior Conversion Specilist, Google Southeast Asia
-
Sajith Sivanandan, Country Head, Google Malaysia
-
John Jersin, Product Manager, Google Analytic
-
Rachit Dayal, Principal Consultant, Happy Marketer
-
Matthew Zaheen, Senior Accountant Manager, Google Southeast Asia
-
Nasheet Islam, Mobile Ad Operation, Google APAC
-
Nagalakhsmi, Adword Product Specialist, Google APAC
-
Jereme Wong, Chief Operating Officer, ClickTrue
-
Marc Woo, Senior Account Strategiest, Google Malaysia
Hebatkan penceramah jemputannya, dan antara topic yang dibentangkan semalam memang menarik:
-
Re-Thingking Measurement & Attribution
-
360 Degree Tracking: Campaign Variable
-
The Key To Succes: Scoring Goals
-
Measuring Social
-
Measuring in the Wider Ecosystem
-
Optimising for Post Click Experience
-
Landing Page & Site Usability Tips
-
Redisigning With Data
-
Mobile Landing Page & Site Usability Tips
-
Page Speed: Light Speed Path to Conversions
-
Google Analytics Certified Partner Program
-
12 Steps For Conversion Success in 2012
Kalau Nak dapatkan point2 penting Live semasa seminar, boleh ke website ini Live GoMeasure
Jadilah Pemandu yang Defensive Bukan Offensive
3
Assalamualaikum w.b.t.
Jumaat 26 Ramadhan, Selepas balik dari Masjid Batu Enam, berimamkan Bekas Imam Besar Masjid AL-AQSA iaitu Sheikh Mahmood Siyam. Dengar kuliah pendek selepas Subuh dan sesi soal Jawab bersama Jemaah Masjid. PenterJemah pula, kawan baik saya Mahyuddin Yusuf yang baru habiskan pengajian di Syiria. Antara Point yang Menarik ialah, berkat doa, dan sokongan Muslimin dan Muslimat suluruh Dunia, Penduduk Palestin Tabah mengharungi segala Pancaroba di Tanah Air sendiri. Sokongan kita dari segi kewangan, Makannan, Doa dan sebagainya, memberikan manfaat yang besar kepada penduduk Palestin dari kekejaman Israel.
Baca doa ni dulu :
Amalkan doa musafir :
اللهم إنا نسألك في سفرنا هذا البر والتقوى ومن العمل ما ترضى ، اللهم هون علينا سفرنا هذا واطو عنا بعده اللهم أنت الصاحب في السفر والخليفة في الأهل، اللهم إني أعوذ بك من وعثاء السفر وكآبة المنظر وسوء المنقلب في المال والأهل
Hari ini saya mahu bersembang mengenai Suasana Balik Kampung sempena Hari Raya AidilFitri 1432H. Bermula Hari ini, suasana cuti sudah meresap di kalangan penduduk Malaysia. Bak Pelajar atau pekerja semuanya sudah bermula bercuti. Lagu Balik Kampung dendangan Allahyarham sudirman kedengaran kerap di Radio. Semakin membara jiwa perantau yang jauh dari kampung halaman. yang pasti, Hari Raya merupakan saat terbaik untuk bersua muka dengan keluarga dan sahabat handai. Tetapi apabila Hari Raya tiba, Jalan Raya di Malaysia menjadi Medan Puaka Maut kepada Pengguna. Amat menyeram dan Menyedihkan.
Sejak awal 2000, kadar kemalangan di Malaysia semakin meningkat dan terutama ketika Hari Raya yang menyaksikan berjuta kenderaan Pulang ke Kg Halaman. Kemalangan Maut terbesar di sumbangkan oleh Penunggang Motorsikal. Tidak terkecuali juga kereta dan Bas sentiasa terlibat dengan kemalangan saban tahun.
Ngeri bila menyaksikan kemalangan maut Ngeri sentiasa terjadi negara kita. Yang pastinya, apabila kemalangan berlaku, nyawa2 yang berharga, nyawa yang tidak bersalah dan sebagainya melayang pergi berlalu. amat malang jika yang mangsa terlibat merupakan aset berharga kepada negara, dan Agama. di manakah punca nya kemalangan di Malaysia ini sentiasa tinggi ?
Kemalangan setiap hari mencecah 1000 dan lebih, mengerikan sesiapa sahaja yang melihat statistik. Kemalangan juga tidak mengira usia dan tempat, sengaja atau tidak dan sebagainya. dengan angka kemalangan yang tinggi, menjadikan Jalanraya di malaysia merupakan pusara dan kuburan tidak bertanda.
Punca utama ialah, kelalaian, kecuaian, penting diri sendiri dan attitude pemandu. Walaupun kita memandu dengan penuh berhemah, tetapi, pemandu lain boleh menyebabkan kemalangan. Betul ajal maut di tangan tuhan, tetapi, kita mempunyai pilihan untuk mengelak kemalangan. Apa pilihannya?
BERHEMAH DI JALAN RAYA
Berhemah di sini bermaksud, memandu dengan penuh tumpuan, elakkan kecuaian, jangan pentingkan diri, beradab kitika memandu dan sentiasa amalkan nilai2 baik di jalanraya. saya suka menggunakan gambaran Defensive dan Offensive dalam sukan sebagai perbandingan.
Jadilah pemandu yang Defensive, iaitu, pemandu yang tidak mudah terpengaruh dengan serangan pemandu lain, contohnya, jika ada kenderaan laju, kita berikan jalan, tidak mengikut kenderaan memotong barisan, mengikut lampu isyarat, memandu dengan penuh tumpuan dan yang penting, Sabar dalam pemanduan.




Recent Comments