Wordless Wednesday #9

0

 

makah-zaman12

Hudud dan Kita, bukan pilihan tetapi Mandatori

0

HUDUD

Assalamualaikum w.b.t.

Cukup terkejut dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh individu 2x Muslim di Malaysia mengenai Hudud sejak akhir2x ini. Tidak cukup dengan itu, dipaparkan pula dalam versi karikatur yang cukup mengguriskan hati mereka yang sayangkan Islam. Hudud seolah2 menjadi isu bermusim dan sering diputarkan mengikut tempo rentak Politik. Hudud menjadi sesuatu yang rendah nilainya apabila diolah dan diterjemahkan oleh mereka yang Jahil dalam Hukum Hakam. Sampai sautu ketika, Hudud menjadi suatu perkara yang menggerunkan buat masyarakat Malaysia. Hudud sudah menjadi satu karya “KLASIK” buku text Arab, bukan menjadi satu Hukum Alam Sejagat.

Hudud merupakan sistem Undang2x yang diGUBAL oleh ALLAH S.W.T. untuk umat ISLAM sepanjang zaman. Tidak timbul isu, adakah Hudud sesuai atau tidak dilaksanakan. Pemerintah Islam mempunyai Tanggungjawab untuk melaksanakan Undang2x Hudud secara Mandatori, dan ianya bukan suatu pilihan sama ada untuk dilaksanakan ataupun tidak. Yang Pastinya, Hudud merupakan Sebaik2 undang2x untuk manusia, kerana ianya digubal oleh Allah, Tuhan segala Makhluk dilangit dan dibumi.

Hukum hudud hendaklah dilihat dan dinilai oleh iman sebagaimana peristiwa isra’ dan mikraj, kerana ia adalah mukjizat dari Allah. Jika isra’ dan mikraj dinilai dengan neraca akal maka pastinya manusia akan menolak kebenaran peritiwa itu. Begitulah juga dengan mukjizat Al quran yg di dalamnya terkandung hukum Hudud. Berwaspadalah teman2 ku.-Ustaz Mokhtar senik

Sebagai seorang Muslim, kita wajib menunaikan Rukun Islam yg LIMA. Dalam masa yang sama, Keimanan berteraskan enam Perkara. Perkara petama sebagai menjadi orang Islam ialah beriman kepada Allah dengan Mengucap Kalimah SHAHADAH. Disitu kita telah ditanamkan dalam hati sanubari kita, segala Suruhan daripada Allah kita ikut, dan Tinggalkan LaranganNYA. Dalam isu HUDUD ini, dimana Soal Keimanan kita ?

Hudud adalah hukum Allah yang sama kewajipannya ke atas umat Islam seperti solat, puasa, haji, nikah kahwin dan jual beli. Jika ditanya apa pandangan saya tentang hudud dan patutkah ia dilaksanakan, ia seolah-olah kita bertanya “Apakah pendapat anda tentang solat? Patutkah ia dilaksanakan? Adakah sudah cukup keimanan kita untuk menunaikan solat?” – Wanwma

Dalam membicarakan Persoalan Hudud, kita perlu tanamkan dahulu dalam hati sanubari kita, Hakikat sebenar kejadian dan penciptaan Manusia. Tidak lain tidak bukan, untuk Menghambakan diri kepada ALLAH s.w.t. Sepenuh hati. Manusia dijadikan dengan Akal yang hebat, untuk berfikir dan mengkaji. Tetapi, akal manusia juga mempunyai batasan untuk memahami perkara yang Ghaib. Disitu lah pentingnya unsur KEIMANAN. Tanpa iman, kita mudah hanyut mengikut arus permainan Syaitan yang Durhaka terhadap Suruhan ALLAH s.w.t. Suatu ketika dahulu.

Kita tidak mampu memahami secara Total Hikmah dan Falsafah pelaksanaan HUDUD, kerana akal kita sangat terbatas dalam mentakwil Rahsia disebalik kejadian Alam. Akal kita hanya mampu menurut perintah apabila, hati digilap dengan Keimanan dan Ketaqwaan kepada ALLAH. Laksanakan Hudud dengan penuh keimanan dan kepatuhan, Insyallah. Nescaya Rahmat ALLAH, akan bersama kita. – Pondok AL- Madini

 

(more…)

Wordless Wednesday #8

8

Spamming Loghat Utara

Biarkan Syawal Pergi

2

Assalamualaikum w.b.t.

Tajuk post kali ni dah macam Novel la pula. Sekarang pukul 4.10 am, aku mula menulis, Serius, xdapat tidur la, banyak gangguan. Habis la Siang aku kali ni. Apa2 pun, sementara ada masa yang kejap ni, baik update blog jap. Kejap je Syawal dah tiba ke penghujung. Hari ni 29 Syawal 1432H. Alhamdulillah, semalam 26 Sept, sempat juga aku habiskan puasa 6 Syawal. Puasa Enam ni memerlukan satu Disiplin yang tinggi, bukan senang nak puasa di kala penuh Open House memanggil 2x ni. hehe.

Raya tahun ni, tetap sama macam tahun2 lepas, berada dengan 11 orang adik aku di rumah. Abah dan Mama yang penat meniaga di hujung2 Ramadhan. Alhamdulillah, Rezeki lebih sikit la berbanding bulan lain. Dan aku pada Ramadhan kali ni, sempat luangkan lebih 2 minggu bersama keluarga. Yela, mana tau, tahun2 depan, dah susah nak dapat peluang macam ni ye tak.

Raya kali ni, ada kisah sedih nak share. Mak Lang aku, Husni bte Abdullah, kembali ke Rahmatullah pada hari raya kedua. Petang tu sempat la berbual2 dengan Maklang, Dalam lepas Isyak, dapat kol dari che Na, kata Maklang meninggal. Siapa yang tak terkejut dengan berita mengejut mcm tu. Dari Pasir Tumbuh terus patah Balik ke Tumpat. Malam tu Baca Yaasin sambil menunggu adik beradik yang tak balik beraya di kg datang. Esok nya, Jenazah Maklang di semadikan di Tumpat. Suasana pilu jangan cakap la, semua dalam situasi terkejut. Apa pun, yang pergi kita Redha kan, yang ada lagi, tingkatkan amal, perbayakkan kebaikan. Alfatihah untuk Maklang.

Untuk Syawal kali ni, Ramai teman2 seperjuangan masa USIM, melangsungkan perkahwinan. ada diantaranya, memang xdapat nak pergi, sebab jauh dan xda transpot Smile . Selamat pengantin baru kepada Mahfuzah, Irwanaida, Saiyidah, Aisyah dan Geng2 bertunang, Hasif dan seangkatan dengannya. Giliran aku pulak, Insyallah, doakan lah untuk aku murah rezeki yer Smile

Oktober bakal menjelang, banyak projek nak siapkan ni. Insyallah, Moga dipermudahkan segala gerak kerja yang dirancang. Insyallah. Wassalam. Jemput Komen yer.

Mirror.me Laman Sosial Berdasarkan Minat dan Trend

4

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu ni memang banyak open house, dah letih,s ebab semalam memasak rendang 30 ekor sampai krem kaki. so hari ni nak explore la laman baru. Memperkenalkan Mirror.me Beta. Laman sosial ini menganalisa data trend dan minat kita menerusi Laman Sosial yang popular seperti Twitter, Facbook dan Linkind. Data yang di kumpulkan menggambarkan sisi diri kita menerusi kawan2, post, trend dan topic yang kita bincangkan. Keputusnnya di sampaikan dalam bentuk Tag yang menarik serta Graf dan CartaPai. Jom tengok Preview di bawah.

screenshot mirror.me/jundullahosman

Cara nak mendaftar senang sahaja, pastikan anda ada Akaun Twitter dahulu. selepas itu boleh ke laman web ini Mirror.me dan klik pada login.yang lebih menariknya, segala data anda di Twitter akan di copy termasuk avatar, laman web dan sebagainya. so kerja pendafataran amat la mudah.

 

Mirror.me akan menganalisis Tren di Twitter anda dan akan mengeluarkan keputusan berdasarkan algorithm yang di set kan. so xperlu pening2, cuma xplore klik2 button yang ada. dan jangan lupa, link kan juga ke akaun Facebook dan Linkedin anda. Jom tengok beberapa lagi screenshot yang saya sediakan di bawah ni.

(more…)

Go to Top