Man Ana
Pengalaman berblog saya amat kurang kerana saya amat malas menulis post. tetapi bila masa berlalu dan berubah mengikut situasi, minat berblogging datang kembali dan saya cuba memberikan idea dan sumbangan dalam dunia maya ini. JundullahOsman.com bersempena nama penuh saya, dan saya berasa amat berbangga apabila mnyebut nama ini. Abah saya memeang seorang yang melihat jauh untuk membrikan satu nama yang mempunyai kekuatan dan semangat yg jitu. sejak dari zaman sekolah sampai menara gading, apabila ustaz2 tahu nama saya, mereka sangat kagun dan terus hafal karektor saya.
Dalam blog ini, saya lebih suka menulis tentang apa yang berlaku depan mata dan apa yang terpendam dikalbu. disamping itu juga saya cuba kongsikan kemahiran2 dan pengalan yang tak seberapa saya ini kepada semua pembaca yang budiman.
sekarang saya di tahun akhir pengajian di University Sains Islam Malaysia. menuntut ilmu merupakan nikmat dan peluang yang cukup berharga untuk saya. Insyllah saya ilmu2 yang di ambil di sini akan digunakan sebaiknya untuk maju lebih kehadapan.
Recent Comments