Panggilan Peperiksaan Bertulis PTD 16 Julai 2011
Assalamualaikum w.b.t.
Post hari ni nak cerita la pulak tentang PTD. Baru dapat Surat Panggilan Peperiksaan Bertulis M41 Pegawai Tadbir Diplomatik PTD pada 16 Julai 2011. Pertama kali rasanya dapat panggilan PTD ni. Sebelum ni cuma pernah dapat panggilan Pegawai Hal Ehwal Islam je. Nak kata excited xla jugak, sebabnya memang tak boleh pergi pun peperiksaan tu. Sebabnya?……
Sebabnya, dah ikat kontrak dengan USIM dan sebagai FELO SISWAZAH. kepada yang masih tak tau cerita tentang FELO SISWAZAH tu, boleh Klik Sini. Kawan rumah aku, AFIF dia pun dapat jugak panggilan PTD ni, tapi dia kat sekolah lain la.
Apa yang best sangat dengan PTD ni, sampai org duk berebut2 nak kan jawatan tu. Kalu tgk pada Gred sama je macam pegawai lain Gred 41 jugak. Ntah la, bagi eden, PTD ni gah pada nama lebih. Kerja hampir lebih kurang jawatan lain jugak. cuma yang memberikan kelainan ialah perkataan Diplomatik tu kot. hehe. sebelum ni pernah buat post tentang kelebihan PTD ni , haa, boleh singgah jenguk2 Kat sini.
Alang2 menulis tentang PTD ni, sedikit pesanan kepada kawan2 yang belum pernah mendapat panggilan peperiksaan dan sabagainya. Jangan Berputus Asa, Usaha lagi dan usaha lagi. Mana tahu, sebenarnya, kerjaya kita bukan PTD , tapi kerjaya lain yg lebih bermakna. PTD bkn satu2 nya kerjaya yang memberikan peluang yg cerah kepada masa depan. Sebagai contoh lain, Perniagaan juga merupakan salah satu cabang pekerjaan yang sangat cerah masa depannya. dengan syarat, kita sanggup belajar dan mencari ilmu tentang perniagaan. Kerjaya Lain seperti, pendidikan, penulisan, speaker dan sebagai freelance mengikut kepakaran anda. cuba cipta peluang dan bukan menunggu peluang datang. Insyallah, berkat usaha kawan2, rezeki akan datang mencurah2. Setiap dugaan yang datang bertimpa2, itu hanya sebagai menguji, adakah kita layak mendapat rezeki dan rahmat yg lebih besar pada akan datang. Thinks Positive, dan Hadapi Dengan Senyuman.
Sebagai penutup bicara (cewaah , puitis pula
) , Tahniah kepada kawan2 yang mendapat panggilan peperiksaan, Jawablah setakat anda mampu. jika mahu kan tips PTD jgn segan silu, KLIK LINK Banner Iklan kat atas tu. insyallah, mana la tahu, sedikit sebanyak membantu. Selamat maju Jaya Kawan2. Wassalam.
p/s: Akhirnya, keputusan telah di buat, BERSIH 2.0, aku akan pergi JIka?… Pergi dan Balik aku selamat. . . Apa takrifan selamat disini. nanti la next post aku ceritakan. ![]()

