Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang rajin membaca. Minggu ni agak lewat untuk post intipati Jumaat. Sibuk sangat 2 hari baru ni, sampaikan tak larat nak mengadap komputer. apa pun, sembahyang jumaat tetap pergi. kan wajib tu. baca sampai habis post kali ni, ada nak mengomel pasal mereka yang masih melakukan urusan jualbeli semasa Khutbah Jumaat.

Jumaat minggu ni, tak sempat sangat nak tangkap point penting, sebabnya, lambat sampai masa jumaat sebab tertidur keletihan,,,(xsengaja tau), speker masjid tidak berfungsi dengan baik, dan kita mendengar kurang jelas, ada budak2 yang membuat bising di sebelah, terganggu betol nak tumpukan kepada khutbah khatib.

Apapun, point penting yang sempat menjengah di telinga ialah, kita mesti ikhlas dalam membuat amal ibadah, jangan hanya beribadat apabila perlu dan lalai apabila dan mendapat kesenangan. ibadat juga bukan menunjukkan kita ni rajin menunjuk2 kepada masyarakat, tetapi ibadah ialah satu amalan yang mesti dilaksanakan sebagai makhluk Allah di atas muka bumi. beribadat bukan hanya terikat kepada pergekan solat sahaja, tetapi ianya meliputi segenap aspek kehidupan kita, dari Muamalat, Munakahat, Jinayat, Hukumah dan pentadbiran negara. pendek kata jika kita membuat sesuatu berlandaskan Islam yang sebenar, itulah ibadah. dan padanya ada ganjaran yang setimpal.

Kredit picture to : mjbz14.blogspot.com

BERJUAL BELI SELEPAS AZAN JUMAAT (Al Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)

SUDAH menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang berkerjaya terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengah hari untuk makan serta menunaikan solat fardu Jumaat.  Namun, ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

Isu Lama, dan sentiada terjadi, berniaga semasa Khutbah Jumaat

Semasa saya sampai agak lewat di masjid, saya lalu pintu depan masjid, ikut gate utama, Ya-Rabbi, masih ada lagi mahlukh2 Allah yang berkopiah dan memakai baju melayu tengah seronok2 minum cendol sejuk dan yang lagi teruk, penjual dengan muka yang tidak bersalah masih lagi menjalankan urusniaga di gerai mereka, bukan satu tetapi hampir kesemua gerai yang berada berdekatan dengan Masjid.di bawah ini saya kepilkan satu pemandangan suasana ketika khutbah Jumaat sedang berjalan. Gerai2 tetap dengan aktiviti mereka menjual barang dagangan mereka.saya tidak mahu sebutkan masjid mana, tetapi mereka yang selalu pergi ke masjid ni akan tau masjid mana ni.

Suasana ketika solat Jumaat, dan masih ramai yang melakukan urusan Jual Beli

Suasana ketika solat Jumaat, dan masih ramai yang melakukan urusan Jual Beli. adakah mereka ini tidak tahu hukum?

“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya),

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya Dengan meninggalkan Engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:” pahala – balasan) Yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.”

Surah Al-Jumu’ah, ayat 9-11.

gambar di atas menunjukkan satu daripada banyak2 gerai yang menjual makanan di hapan dna dalam masjid. yang menyedihkan, mereka lebih mementingkan dunia dan perniagaan daripada melaksanakan ibadah dan kewajipan sebagai seorang lelaki muslim. adakah khutbah Jumaat dianggap ringan dan remeh?? jika inilah yang berlegar2 di hati kita, maka, sememangnya kita tergolong dalam mereka yang cintakan dunia dan menghambakan diri dengan dunia. ingat dunia adalah tempat persinggahan dan bukan tempat kita untuk hanya bekerja mencari duit semata2. wahai2 sahabat2 dan kawan2 seagamaku, kembalilah kepada peraturan yang diotetapkan oleh Allah kepada kita, supaya kita tergolong dalam mereka yang diberikan Rahmat dan naugan.

Cangan kepada pihak pengurusan masjid di seluruh dunia:

  1. kuatkuasakan Haram berniaga semasa solat Jumaat
  2. Pengawal keselamatan yang bertugas menjada keamanan (jika ada), boleh memainkan peranan menghalang urusan jual beli  semasa khutbah jumaat
  3. edarkan risalah dan info tentang hukum2 yang berkaitan solat jumaat kepada ahli jemaah, khususnya peniaga yang berdagang
  4. Khatib, umumkan setiapkali sebelum jumaat, supaya menutup premis dan larangan berniaga
  5. Tamatkan kontrak peniaga jika masih berkeras
  6. bina hubungan dengan majlis perbandaran, senarai hitamkan mereka yang berdegil dan masih meneruskan jualan semasa khutbah
  7. panggil para penisga dan berikan panduan serta taklimat tentang peraturan jual beli pada hari jumaat

akhirnya, saya berharap, post dan teguran pada kali ini jangan dijadikan isu untuk menjatuhkan maruah sesia, tetapi, jadikan pendedahan yang disiarkan ini, memberikan satu tindakan kepada pihak berwajib supaya bertindak dnegan lebih tegas. kepada Jemaah Jumaat pula, jangan pikirkan dunia sahaja, luangkan masa kita supaya hati ini mendapat kelembutan dan mudah untuk mendekatkan diri kepada. jika kita masih lagi terasa berat sahaja untuk menunaikan kewajipan jumaat, maka, ianya menunjukkan kita makin jauh jari maha Pencipta kita. Wassalam.