Intipati Jumaat 5-Mac-2010

Assalamualaikumm wbt.
Salam Jumaat kepada semua muslimin dan muslimat. hari ni, terik betol panasnya sampaikan terasa kering tekak dan pedih sdikt kulit nya masa hendak pergi Solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Nilai. walau apa pun, tiada alasan untuk tidak menghadiri solat Jumaat yang hanya seminggu sekali sahaja di wajibkan kepada semua Muslimin. Antara hikmah diwajibkan solat Jumaat ialah, bagi mengukuhkan silaturrahin sesama Muslim dan yg penting lagi adalah bagi menunjukkan kekuatan umat
Islam apabila dapat bersatu. kalau kita perhatikan, simbol syiar Islam sekarang hanya tinggal Solat Jumaat sahaja yang menggerunkan musuh2 Islam. syiar2 Islam yg lain semuanya dah malap dan tidak menyengat. tetapi apabila melihat hari Jumaat, seluruh pelusuk mana pun, semua lelaki akan cuba memenuhi masjid dan mendengar Khutbah yang akan memberikan ketenangan Jiwa. bukankan ini yg selalu di geruni oleh musuh Islam??. jadi selepas ini. tiada alsan untuk tidak menghadiri solat Jumaat, kerana kekuatan Islam akan lebih utuh dan bersinar.
Intipati Jumaat hari ini adalah tentang tidak berlebih-lebihan. Khatib kiaskan fenomena panas melampau ini dengan sifat suka membazir. apabila musim tidak panas, kebanyakan kita selalu melakukan pembaziran, seperti air, makanan, tempat tinggal pengangkutan dan sebagainya. cuba lihat, kelurga kecil dengan kereta yg berderet tidak digunakan, bandingkan dengan keluarga berbelas anak dengan van buruk yang sempit.. bayangkan juga air digunakan secara melimpah ruah dan bandingkan kita boleh guna air secara cermat di musim kemarau. semua ini membuktikan, kita kurang menghargai nikmat yg Allah berikan. Firman Allah dalam Surah al-A’raf ayat 31 yang bermaksud: ..”Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas”.
Berbalik kepada Khutbah, khatib juga menegur kepada peniaga dan pembeli. Sebarang jual beli adalah HARAm semasa khutbah berjalan. akan tetapi fenomena ini semakin menjadi2, selagi belum iqmat, selagi itulah melepak di luar masjid sambil berbual. apa erti datang jumaat semata2 untuk mengelat seperti itu. kembali lah kepada seruan asal Solat Jumaat. Sah Solat Jumaat mestilah menghadiri 2 khutbah yang berlangsung. dalam masa yang sama berada di masjid sebelum azan Jumaat. dan yang paling tidak di titik beratkan ialah. semasa Khatib berkhutbah, dilarang bercakap dan melakukan sebarang aktiviti yang boleh melaikan tumpuan kepada khutbah. jadi kepada semua Muslimin, jadikan khutbah Jumaat ini sebagai tempat membersihkan hati kita dan melembutkannya. semoga mudah mendapatkan hidayah dan rezeki dari Allah…
saya bukan lah orangnya yang layak untuk memberikan tazkirah, tetapi apabila kita sama2 ingat-mengingati, maka segala yang mungkar keji dan kotor akan menjauhi kita. Hari Jumaat Juga ucapkanlah selawat sebanyaknya kepada Junjungan Rasullah s.a.w. jadikan ianya amalah yg cair di mulut kita
akhir kata, mulakan hidup baru dengan lebih bersyariat semoga kita mengikut landasan yang di rahmati oleh-NYA. Wassalam
- Haji Di Waktu Muda Belia
- Intipati Jumaat 07-Mei-2010-Perkasa Institusi Keluarga
- Intipati Jumaat 30-April-2010-Peranan Media Baru
- Intipati Jumaat 23-April-2010
- Intipati Jumaat 16-April-2010
- Intipati Jumaat 9-April-2010
- Intipati Jumaat 2-April-2010
- Intipati Jumaat 26-Mac-2010
- Intipati Jumaat 13-Mac-2010

bagus sangat artikel jun. jarang org balik sembahyang jumaat, ulas balik apa yang di dengar mas khutbah. teruskan usaha