Intipati Jumaat 23-April-2010
Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dihormati. Alhamdulillah, dapat lagi kita ketemu dengan Jumaat yang penuh rahmat dan syafaat ini buat kesekian kalinya. walaupun Post ini agak lambat. hari Ahad baru keluar intipati Jumaat, tapi, saya cuba juga untuk menunaikan satu categori wajib saya, iaitu, rumusan Khutbah jumaat setiap minggu. Sekurang-kurangnya, saya akan lebih fokus semasa khutbah dan memberikan manfaat kepada pembaca semua. ilmu itu luas dan jangan lah menterbataskannya.

credit 4 picture : http://farm3.static.flickr.com/2227/1688897198_59a4054886.jpg
Khutbah minggu ini berkaitan dengan “Membaca dan Ilmu“. membaca satu amalan yang sangat dituntut dan dipandang mulia. dengan membaca ilmu kita akan bertambah dan berkembang. Dengan membaca juga, kita dapat memperbaiki mutu hidup kita menjadi lebih berpengetahuan dan mahir dalam bidang diceburi. yang menjadi isu disini. Majoriti rakyat Malaysia, pandai membaca, kalau tidak masakan majalah Mangga, Hai, URTV dan pelbagai lagi, terjual beribu2 naskah setiap bulan. Akan tetapi, kebolehan membaca itu banyak disalurkan kepada membaca sumber yang kurang berfaedah. dan yang cukup disukai ialah sumber2 hiburan. Bahan bacaan ilmiah kurang mendapat sambutan. Jika kita perhatikan, kerajaan terpaksa melancarkan pelbagai program untuk menggalakkan penduduk Malaysia ini membaca. “Bulan Membaca“, dan sebagainya telah di adakan bertujuan membaca itu dijadikan satu hobi yang berterusan. Mengikut kajian yaang dijalankan, purata rakyat Malaysia membaca buku ialah 2 naskah setahun. Jika dibandingkan dengan Masyarakat Jepun mereka membaca lebih dari 2 naskah sebulan.
Membaca ini sangat dituntut dalam Islam. ayat pertama diturunkan kepada Muhammad S.A.W. ialah Iqra’. Bermaksud baca. Bukannya Uktub iaitu tulis . Membaca jika dilakukan dengan berlandaskan Syariat Islam, seperti membaca buku2 berkaitan Islam, pembangunan jiwa dan sebagainya. Melalui bacaan ini juga boleh meningkatkan Iman kita dan diberi ganjaran disisinya. Yang penting Ikslas kepada Allah dan bukan untuk mendapatkan Ilmu bagi melakukan kejahatan.
Khatib juga membawakan contoh orang yang membaca, berilmu tetapi tiada Iman di jiwanya. Kes Pembuangan Bayi. Sejak akhir2 ini, gejala ini semakin kerap dan terpampang didi akhbar. Purata pembuiangan bayi sekitar seminggu seorang. Bayangkan bagaimana tergamaknya manusia yang mempunyai otak dan fikiran boleh melakukan perbuatan yang diluar batasan manusaa. Sangat zalim dan kejam. itulah, jika ilmu tidak berlandaskan Islam, maka, ilmu itu akan dipengaruhi oleh Syaitan yang sentiasa menghasut membawa manusia kejalan kesesatan. Sudah lah melakukan kesalahan Zina, tambah pula kesalahan membunuh satu jasad yang sudah lengkap. Tindakan kepada gelaja ini?… hanyalah hukuman dunia ini sahaja yang ada, Bayangkan jika melaksanakan Hukum Islam secara total. Kerajaan tidak perlu berurusan dengan kes pembuangan bayi lagi, silap hari bulan kes Zina pun tiada. kerana apa. kerana Hukum Islam itu dibuat oleh Allah. dan jika mengikut perintahnya, nikmatnya ialah kesan kebaikan kepada seluruh manusia. Falsafah hukum Islam ini, kadang2 tidak sampai akal kita untuk memikirkan logiknya. akal kita ini sangat terbatas dan hanya bertindak mengikut logik. padahal banyak benda di sekeliling kita berlandaskan Ghaib, contohnya Roh.
Ok, kita tutup dahulu tentang kes pembuangan bayi, insyallah, saya akan menulis tentangh isu tersebut pada lain hari. Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan Intipati Jumaat minggu ini ialah :
- Ilmu dalam Islam tidak terbatas kepada agama sahaja, bahkan, merangkumi semua cabang ilmu yg ada
- Membaca boleh menambahkan pengetahuan dan kefahaman kita
- Ilmu juga membawa manusia ke angkasa raya, pelaksaan Solat di ISS angkasa juga dibuat berdasarkan ilmu yang dan kajian para Ulama
- Manusia akan dipandang hina jika tida ilmu
- jangan menggunakan Ilmu untuk membuat keosakan dan menganiaya orang lain
- Ilmu juga mesti seiring dengan amal dan pelaksanaan
- Ilmu juga mesti seiring dengan Iman, baru kita berada dilandasan yang benar
- Ramai lagi manusia di luar saya tidak berpeluang untuk belajar, dan membaca, jadi hargai nikmat belajar dan membaca yang ada.
- Gunakan ilmu bagi mendekatkan diri kepada Allah dan menyampaikan kebenaran
- Melalui Ilmu dan membaca, Islam itu akan dipandang mulia dan hebat di mata Dunia. Akaj tetapi, penngeluar buku2 ilmiah yang dibaca seluruh dunia hanyalah datang daripada Dunia bangsa bukan Islam. jadi peranan kita sebenarnya, menaikkan kembali Islam.
Akhir sekali, gunakan kesempatan yang ada, baca di masa saja berkesempatan, bawa bersama anda, senaskah buku untuk dibaca ketika lapang. dan jangan hadkan pembacaan itu hanya di pusat pendidikan sahaja. Ilmu itu luas, dan kita berhak mendapatkannya. Wassalam
Amat menyedihkan kerana budaya membaca amat kurang di negara kita. Oleh itu mari kita promosi budaya ini supaya umat Islam khususnya menjadi celik semula. Tapi pentingkan ilmu akhirat dulu.
My recent post Jauhi Mee Segera Elak Penyakit Kronik: Persatuan Pengguna Pulau Pinang