Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang di hormati dan di kasihi semua.

Alhamdulillah, saya masih lagi berkesempatan melalui satu lagi Jumaat dalam hidup ini. Ialah, mungkin kita tidak berpeluang lagi untuk ketemu untuk Jumaat minggu hadapan. Syukur  ke hadrat Allah S.W.T

Dikesempatan Jumaat kali ini, Khatib membawakan isu yang sangat bermaharajalela di dalam masyarakat dan Umat Islam pada hari ini. Iaitu penyakit gejala rasuah.  Penyakit ini semakin menular dan menjadi duri dalam daging dalam perkembangan umat Islam di Malaysia.

Seperti yang kita Maklumi, SPRM, dahulunya dikenali sebagai BPR, melalukan serbuan, tangkapan dan soal siasat setiap bulan terhadap individu2 yang di syakki terlibat dengan Rasuah. Gejala Rasuah ini bukan sahaja mnyerang kepada ikan-ikan besar yang bekerja di sector yang berprofile tinggi, bahkan menular kepada golongan berpendapatan kecil. Mereka menganggap Rasuah ini seolah-olah seperti hadiah dan saguhati kepada orang yang kita hendak mendapatka manfaat. Jika Ikan-Ikan besar, melakukan rasuah bagi mendapatkan projek, jawatan, wang dan sebagainya, maka golongan Ikan-Ikan kecil ini pula, mahu mendapatkan komisyen lebih, jawan yang lebih baik, atau mahu melepaskan diri daripada disaman Polis.

Seperti satu kes yang berlaku pada tahun lepas, apabila, MP di Perak melompat menjadi bebas, mereka terbabit dengan kes rasuah dan penyalah gunaan kuasa, salah satu isun yang diperkatakan ialah, Rasuah Seks. Mereka yang terlibat dengan tanpa berasa bersalah, menggapkan Rasuah seks itu seolah2 sepeti orang yang memberikan hadiah hamper. Masyallah. Entahlah, saya pun tak nak komen lebih tentang kes tersebut, kerana masih lagi di peringkat Mahkamah, dan perbicaraan. Tetapi yang menjadi kekeliruan maysrakat ialah, mereka mudah menjadikan satu perbuatan yang sah2 terang sebagai tidak berdosa. Perkara ini juga, degan jelas, dilaporkan oleh akhbar dan media massa ketika itu. Adakah kita mudah2 untuk melupakannya?.

Firman Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Ayat dan Hadis di atas jelas, menerangkan kepada kita supaya, jangan mendapatkan harta itu daripada jalan yang Batil. Berdasarkan ayat ini juga, Rasuah merupakan satu perkara dan pekerjaan yang Batil. Dan apabila perkara batil kita lakukan maka akan berlakulah kompilasi dan kesan2 yang mengiringi perbuatan tersebut.

Antara kesan yang akan berlaku jika Gejala Rasuah ini berleluasa ialah:

  • Imej negative kepada perkhidmatan Negara
  • Pandangan sinis masyarakat terhadap Index Rasuah Malaysia yang merundum
  • Mengancam kestabilan politik dan ekonomi
  • Gejala social dan keruntuhan akhlak semakin meningkat, berpunca daripada sumber makanan haram yang diberi makan kepada ahli kelurga
  • Gejala Rasuah semakin berleluasa dan masyarakat akan menganggap ianya salah satu sumber pendapatan yang dihalalkan, akibatnya, sumber haram menjadi darah daging
  • Doa susah dimakbulkan bukan itu sahaja, amalan-amalan kebaikan yang dibuat, tidak akan diterima dan diberikan pahala
  • Mengganggu ibadat dan mencemarkan institusi keagamaan
  • Jauh daripada rahmat Allah S.W.T.
  • Hidup tidak akan diberkati, dan mudah menerima bencana sebagai balasan
  • Dan banyak lagi kesan-kesan yang akan menyusul jika Gejala Rasuah ini tidak di hentikan

Akhir kalam, khatib pada hari ini, menyeru kepada semua Jemaah supaya, memikirkan baik buruk dahulu sebelum mengamalkan rasuah. Khatib juga berpesan, keruntuhan akhlak dan gejala social juga adalah berpunca dari makanan yang bersumberkan dari jalan yang haram. Setiap daging yang terbina daripada sumber yang haram akan dibakar di akhirat kelak. Dalam kesempatan ini juga, sya menyeru supaya, kita sama2 dapat menjauhi daripada terjerumus dalam Gejala Rasuah ini. Samada ianya sekecil2 rasuah seperti memberi suapan kepada JPJ atau sebesar2 perlakuan seperti contoh yang diberikan di atas. Biar tidak kaya adal berkat dan bahagia daripada kaya menanggug dosa dan tidak aman. Wassalam.