Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati. Jumaat kali ini Khatib membuka khutbahnya dengan ulangkaji tentang Tauhid.  Khatib bukan lah hendak mengajarkan tentang tauhid kepada semua Jemaah jumaat, tetapi, lebih kepada mengingatkan apa yang membezakan Islam seorang Muslim dengan keimanan agama lain.

tAUHID

Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian atau jenis:

Tauhid Rububiyah:
Tauhid Rububiyah ialah meyakini,mempercayai serta mengesakan Allah s.w.t dalam segala perbuatan-Nya seperti Allah lah yang mencipta,memberi rezki,mengatur segala urusan,mematikan,menghidupkan dan sebagainya. ( Segala perkara daripada Allah kepada hamba-Nya ). Tauhid jenis ini juga dipercayai oleh orang-orang kafir di zaman Rasulullah s.a.w, tetapi hal ini tidak menyebabkan mereka menjadi seorang muslim.

Tauhid Uluhiyah:
Tauhid Uluhiyah ialah mengesakan Allah dengan segala bentuk ibadat yakni segala bentuk ibadat hanyalah untuk Allah s.w.t sahaja seperti doa,tawakal,minta pertolongan,meminta pertolongan dan sebagainya hanyalah kepada Allah sahaja. ( daripada hamba kepada Allah ).

Tauhid Asma’ dan Sifat:
Tauhid Asma’ dan Sifat yakni beriman kepada setiap nama dan sifat Allah s.w.t yang ada di dalam al-Quran dan hadith-hadith soheh.

(Kredit tentang bahagian tauhid diatas: albesuty.blogspot.com )

Saya rasa tidak perlu untuk diulas panjang tentang pembahagian tauhid diatas. Pembaca semua lebih arif mengenainya daripada saya. saya cuma menyenaraikan sahaja butir2 khutbah yang disampaikan. dan yang lebih mustahak. Semuanya atas diri kita. jika kita rasa kita masih kurang ilmu didada, masih kurang dan lemah lagi tentang ilmu Tauhid yang asas. Maka adalah lebih baik,kita berguru daripada membaca tanpa berguru. sebab ilmu tauhid ini merupakan ilmu roh dan akal. Akal kita kadang2 tidak mampu untuk menafsirkan apa falsafah yang terkandung dalam tuntutan Ilmu Tauhid itu. sebab itu kita perlu berguru. Dan guru pula bukan sebarangan guru, mereka mestilah guru yang Mursyid. Guru yang Mursyid ialah guru yang pakar dalam bidang tersebut. Disamping itu juga mereka mestilah mempunyai akhlak dan peribadi yg melambangkan Islam yg sebenar. Mendukacitakan kita, sekarang ini, ramai mereka yang mengaku mereka layak dan pandai dalam hal agama. Mendakwa ini dan itu. Rujuk post saya yang lepas, ada saya selitkan doa yang digalkkan baca. Fadilatnya bagi diberikan petunjuk yang manakah yg hak dan mankah yang batil.

Setiap kali Jumaat, saya selalu dudk di bahagian tengah2 dekat dengan pintu, sebab ada banyak angin yg lalu. he. tetapi bukan itu yang saya hendak cerita. Tetapi tentang Jemaah kita yang suka duduk di bahagian belakang, sudahlah datangnya lewat, lepas itu, boleh bersembang dan bertanya2 khabar lagi. Saya cuba abaikan situasi itu dan fokuc kepada khatib. tetapi apabila sampi kepada mengganggu jemaah lain, itu sudah melampau. kalau kanak2 yang membuat bising, boleh la di maafkan sebab kanak2, tetapi, ini adalah mereka yang sudah baligh dan besar2 semua. Faham2 la adab dan etika ketika Khutbah Jumaat. kita dilarang bercakap dan mesti fokus kepada Khutbah. itu yg dalam Masjid. Yang diluar masjid. tak tahu nak cakap la. entah sampai kemana sembangnya siap boleh gelak2 lagi. benda ni bukan saya mereka2 cerita, tetapi, perkara benar2 terjadi. Ambil lah iktibar daripada Khutbah yang disampaikan. sudahlah kita rang berjemaah di Masjid, Jumaat yang sekali seminggu ni pun kita hendak “culas” atau main2 lagi. Semoga anda semua mendapat hidayat dan petunjuk dari Ilahi, dan menjadi insan yg lebih baik serta Taat kepada-Nya.

Akhir kalam, post kali ini, saya banyak sedikit membebel. serta saya ada menceduk daripada blog lain. akan tetapi, awalaupun saya menceduk, tetapi itulah poin2 yang hendak disampaikan oleh khatib kepada kita. Marilah pada hari ini kita berazam untuk berubah menjadi lebih baik. Meninggalkan kemaksiatan. Meningkatkan Ibadah, dan menjauhi perkara2 yang dilarang dalam Islam. apabila kita menjaga Islam, maka kita akan mendapat rahmat, berkat, nikmat, rezeki yang tidak terkira. Wassalam.