Intipati Jumaat 13-Mac-2010

Assalamualaikum
Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati.
kupasan Jumaat minggu ini berkisar tentang matlamat dan hala tuju kita sebagai muslim di muka bumi Allah ini. menjadi Muslim bukan sahaja menunaikan rukan Islam yang Lima dan mengimani rukun Iman yang enam. tetapi muslim yang sebenar-benarnya adalah mereka yang patuh tunduk dan mengabdikan diri kepada Allah tuhan penguasa sekalian alam. Super Muslim adalah mereka yang dididik dengan tarbiyah Islam, dan menjaga nilai2 Islam daripada tercemar, buka itu sahaja, mereka mampu melonjakkan Islam dan menjadikan agama Islam itu dipandang mulia di mata manusia.
Islam adalah agama fitrah. iaitu agama yang bukan memangsa penganutnya melakukan sesuatu tanpa bersebab. dilarangnya Berzina bagi mengelakkan kerosakan nasab dan keturusan. Diharamkan berjudi dan riba kerana tiada keadilan. dilarang minum arak kerana ianya menutup akal. Islam menyuruh keluarkan zakat kerana boleh menyukan hati dari sifat tamak, dengki dan haloba. Solat pula dapat menjauhkan perkara keji dan mungkar.
Begitulah antara ajaran yang terkandung dalam Islam. semuanya berkait dengan naluri, fitrah dan asal kejadian manusia. betapa besarnya nikmat kita menjadi seorang Islam dan hidup di dalam masyarakat Islam sejak dilahirkan. nikmat Iman dan Islam tidak boleh dijual beli. betapa besarnya nikmat dan rahmat Allah kepada kita sejak dilahirkan.

marilah kita menjadi seorang muslim bertaqwa, tawadu’ dan ikhlas dalam meneruskan kehidupan yang singkat ini. kita berhak untuk mencari kehidupan dunia, tetapi jangan lupa kehidupan di akhirat amat di utamakan. pepatan yang masyhur selalu kita dengar “BEKERJALAH KAMU SEOLAH-OLAH KITA HIDUP SERIBU TAHUN DAN BERIBADATLAH KAMU SEOLAH-OLAH AKAN MATI ESOK HARI.
semoga intipati jumaat kali ini kita dapat hayati dan menjadikan kita lebih peka dengan amalan dan ketaatan kita. semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang beruntung. wassalam
- 17 Ramadhan itu Nuzul Quran
- Haji Di Waktu Muda Belia
- Hari ini 15 Ramadhan dan lusa Nuzul Quran
- Intipati Jumaat 07-Mei-2010-Perkasa Institusi Keluarga
- Intipati Jumaat 30-April-2010-Peranan Media Baru
- Intipati Jumaat 23-April-2010
- Intipati Jumaat 16-April-2010
- Intipati Jumaat 9-April-2010
- Intipati Jumaat 2-April-2010
- Intipati Jumaat 26-Mac-2010
