Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Alhamdulillah, 2-3 minggu ni, memang tak sempat sangat nak tulis post kerap kali, seminggu dalam 1-2 post je. Sibuk dengan final project n final report. Ni pun, dah lepas final exam, ada lagi assaigment kene hantar. gempak tak. hehe. Ok la, post kali ni, pendek sahaja, fokus kepada intipati Jumaat tadi.

Kredit pic to: http://1.bp.blogspot.com

Khatib hari ni berkhutbah tentang memperkasa institusi keluarga. Dalam Hikmah penurunan Al-Quran, dan pelaksanaan Syariah itu sendiri, institusi kekeluargaan tergolong di dalam perkara yang sangat di utamakan. Syariah itu terbahagi kepada 3.


1- Persendirian – Pelaksanaan Syariah kepada diri sendiri

2- Berkumpulan – Pelaksaan Syariah kepada Institusi keluarga dan masyarakat

3- Negara – Pelaksaan Syariah oleh kerajaan kepada Rakyatnya.

Tanpa panduan Syariah dan Islam, Institusi kekeluargaan tidak akan kuat dan mudah goyah. sebab itu, gejala pergaulan bebas, pembuangan bayi, rompakan, ragut dan mencuri berluasa. Pembunuhan pula hampir setiap minggu mesti ada. Adakah ini dipanggil kemodenan atau Kemunduran. Hakikatnya, kemodenan, Globalisasi yang kita laung2 kan kini, bukan membawa masyarakat kita kearah lebih bertamadun, tetapi sebaliknya, seperti zaman Jahiliyyah Arab dahulu bahkan lebih teruk lagi. Sebagai contohnya, kes pembuangan bayi, seperti dilaporkan di kaca TV bankan di Blog2, amat menyayat hati. Mereka yang terlibat dalam kes ini, sangat kejam dan tidak berprikemanusiaan. Akibat malu, bertambah dosa akibat pembunuhan pun tidak mengapa. Semua ini sebenarnya berpunca daripada kerapuhan Institusi kekeluargaan. Islam tidak diletak di tempat tertinggi, tetapi sebagai simbol sahaja.

Antara rumusan yang dapat dibuat oleh Khatib ialah:

  1. Mantapkan institusi kekeluargaan dengan kefahaman Islam, dan kasih sayang yang berpada-pada.
  2. Ibu-bapa memainkan peranan ketua keluargha yang utama, mainkan peranan bukan dengan hanya memberikan makan pakai sahaja tetapi lebih dari itu, pendidikan berteraskan Islam amat di utamakan
  3. Ancaman Globalisasi, golongan muda mudah terpengaruh dengan budaya dan gejala kurang sihat
  4. Luangkan masa sekurang2nya seminggu sekali bersama keluarga dalam mendidik dan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga
  5. Pantau anak2 anda, dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka bergerak dan bukannya membiarkan bergerak sebebasnya
  6. Peruntukkan masa bersama keluarga menghadiri majlis agama atau sekurangnya menonton kuliah agama menerusi siaran pedana
  7. Kurangkan hiburan yang melalaikan, gosip yang melampau dan percakapan yang merosakkan silaturrahim
  8. Peranan jiran tetangga, bukan untuk menjaga tepi kain tetapi lebih kepada jemaah masyarakat memainkan peranan menjaga keamaan tetangga.
  9. Duit bukan segala2nya dalam sesebuah keluarga
  10. Dosa anak2 turut memberikan saham kepada ibu bapa, lebih2 lagi yang sudah meninggal dunia.

Akhir kalam, marilah kita sama2 menjaga keutuhan institusi kekeluargaan. dengan kuatnya ketaan dalam sesebuah keluarga, akan melahirkan indivitu yang lebih taat kepada Pencipnya-Nya.