Remaja Melayu dan Sifat Ketimuran
Assalamualaikum w.t.b
Salam Aidil Adha kepada semua pembaca yang sedang menempuhi musim tengkujuh di tanah air. Hari ni kita di Malaysia 8 Zulhijjah, bermakna hari ini umat Islam yang menunaikan Haji sedang bermunajat di Padang Arafah. Insyallah, Giliranku kan tiba nanti. aminnnnn.
Malam ni cuma nak coretkan sedikit sahaja. Saya sangat terkejut samalam apabila melihat post di Facebook mengenai video tidak senonoh pasangan remaja kita bercium dan berpelukan di khalayak ramai. Tanpa rasa malu dan segan, mereka mempedulikan kesesakan lalu lintas dan lalu lalang manusia melintasi. Bayangkan betapa teruknya akhlak remaja kita, Sifat kemelayuan yang di gambarkan kepada kita oleh orang terdahulu telah ranapkan oleh segelintir Remaja kita yang mengaku mengikut arus kemodenan.
Isu pasal tidak senonoh tu satu hal, kes kurang hajar pun banyak juga berlaku. video di Facebook juga semalam, memaparkan bagaimana seorang remaja dengan xda apa2 masalah, tiba2 pergi lempang pengemis perempuan yang sedang tidur di tepi jalan. Lagi sakit hati sambil gelak dan menyebut kelakarnya. Tu baru dua contoh kelakuan remaja kita yang makin membimbangkan. banyak lagi yang belum terungkai. Contohnya, berapa RATUS video LUCAH yang pelakon utamanya ialah remaja melayu. memang sangat banyak. dan yang lebih menyakitkan hati, Video ini diulang siar di laman2 web porno. kalau xpercaya, cuba taip perkataan MELAYU di GOOGLE. apa result recommanded akan keluar? Terukkan…………….
Adakah ini sifat dan akhlak budi pekerti Melayu yang di canangkan? Sifat melayu yang kita kenal sebagai sopan santun, hormat menghormati, berbudi bahasa dan ramah telah hanyut di bawa arus pemodenan. Alasan yang selalu di gunakan, dunia sedang maju, kene berubah ikut arus semasa. Jika inilah yang di kejar dan diambil berat oleh remaja pewaris generasi akan datang kita, maka, kita dapat lihat lagi bertambah lah, kerosakan yang akan berlaku di masa akan datang.
Saya ada kepilkan beberapa gambar di bawah, beberapa keping screenshot budaya yang bukan milik kita. Harus diingat, mendidik mereka juga adalah tanggungjawab kita. Gunakan media massa yang kita gunakan seharian ini untuk mendidik dan menyampaikan nasihat, bukan untuk menyebarkan fitnah dan gossip. Akhirnya, Kita sebagai pemilik akal yang waras, dan penganut agama yang satu iaitu Islam, bertanggungjawab membawa kembalik nilai2 ketimuran, kemelayuan dan yang penting keindahan Islam kedalam masyarakat kita. di mana bermula???? Mulanya Islam dan praktikalnya daripada diri sendiri dan keluarga.
Wassalam.
-
-
Ini dikatakan suatu hari manusia akan berkelakuan macam haiwan yang mana melakukan seks di tempat awam. Menunjukkan manusia dah semakin hampir akhri zaman
akubiomed Baru Menulis Artikel di..Lawak malam Jumaat 18sx
-
-
-
- Comment Feed for this Post

Punca makanan tidak dijaga kehalalannya. Sampai blog saya pun dimaki hamun bila kita sampaikan kebenaran. Apatah lagi kalau kita tegur mereka seperti remaja di atas lalu dipukul dan dimaki hamun atas teguran dan kebenaran yang disampaikan.
Syafrizal Baru Menulis Artikel di..Twitter dah ada fungsi analytic