Assalamualaikum w.b.t

Tidak sampai seminggu sahaja lagi, 2011 akan menyusul. Tahun baru 2011 menyaksikan, saya menjadi pelajar kembali tetapi di peringkat Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia akan menjadi rumah keduaku selepas ini. Medical check up UKM belum di buat lagi. Jadi, saya membuat temujanji di Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya, memandangkan berdekatan dengan Presin 11 dan Filem X-Tray masih lagi berada di sana lagi.

Pengalaman Medical Check up di Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya (2 kali lawatan) seperti berikut:

  • Temujanji : Sangat berpuas hati, pantas, layanan mesra, dan cekap
  • Pendaftaran : Berpuas Hati, mesra pelanggan dan cekap
  • Makmal : Masih OK, agak sesak, ramai org, tetapi pantas
  • Klinik Gigi : Geram, malas cerita panjang, 2 jam menunggu
  • Bilik Prosidur : Berpuas hati, cekap, pantas dan mesra alam
  • Bilik Rawatan : Paling Geram, tau ramai org menunggu, tetapi, kan boleh diusahakan, khaskan satu bilik untuk prosidur medical Check up. bayangkan menunggu 2 jam untuk prosidur tak sampai 5 minit.
  • Kos Bayaran : RM 60 urine test, HIV, Drug | RM 20 untuk X-Ray : Berpatutan.
  • Pengalaman Medical Check up di Klinik Swasta

    • Bayaran RM 120
    • Semua Prosidur boleh diselesaikan tidak sampai 2-3 Jam. manusia tidak ramai, tidak perlu beratur dan membazirkan masa.

    Berdasarkan perbezaan di atas, analisa menerusi pengalaman saya sendiri, Klinik Swasta walaupun bayarannya agak mahal sedikit, tetapi, mengelakkan kita daripada Geram yang berpanjangan dan menyumpah seranah. Walaubagaimana pun, KLINIK KERAJAAN tidak la teruk seperti pembaca bayangkan, mungkin kejadian ini terjadi kepada diri saya kot. Saya faham klinik kerajaan menerima pelanggan yang sangat ramai setiap hari, sampaikan Doktor yang bertugas, tiada masa berehat semasa bertugas.

    Sistem giliran yang di sediakan di Presin 9 sangat maju dan moden. bila kita daftar, kita akan mendapat satu kad pendaftaran, cume perlu scan sahaja kad di setiap bilik rawatan yang perlu kita pergi. yang menjadi masalahnya, wujud kekurangan yang ketara dalam sistem tersebut. seperti contoh: apabila pelanggan, scan kad tersebut, pelanggan perlu menunggu nombor giliran muncul. Masalah yang timbul, pelanggan tidak tahu bila nama gilirannya akan sampai, bayangkan, pengalaman saya, 2 jam lebih menunggu giliran di panggil masuk ke bilik rawatan. tidak boleh nak gerak pergi ketempat lain, kerana mata tertumpu ke papan no giliran,. sangat meletihkan dan GERAM.

    Post saya kali ini, bukanlah untuk menjatuhkan pihak mana2x, tetapi, saya menceritakan pengalaman saya, menunggu sangat lama di satu2 bilik rawatan. mungkin pihak Klinik boleh menaik taraf sistem dengan menyediakan satu papan khusus untuk pelanggan mengenal pasti, bila giliran mereka akan tiba. jadi, tidak la, membazirkan masa di satu tempat sahaja.

    Apa2 pun, saya sangat berterima kasih kepada pihak Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan perubatan secara percuma kepada rakyat Malaysia. Tanpa bajet perubatan daripada kerajaan, mungkin, setiap kali rawatan, kita menanggung kos rawatan yang tinggi.

    Akhirnya, pilihan saya antara Klinik Kerajaan vs Klinik Swasta ialah, KLINIK KERAJAAN. bagi menjimatkan kos.he. akan tetapi, jikalau terdesak dan mahukan rawatan yang pantas, mungkin Klinik Swata saya akan pilih. Untuk kemudahan di masa hadapan. Langgan lah, Medikel Kad yang di tawarkan oleh mana2 syarikat takaful di Malaysia. Banyak kelebihannya.Wassalam.

    Kredit Picture to : Hos