Haji Di Waktu Muda Belia

Assalamualaikum w.b.t.
Aidil Adha sudah pergi meninggalkan kita, hari ini 20 Zulhijjah bermakna, sudah hampir seminggu jemaah haji selesai menunaikan rukun Islam ke – 5 di Makkah. Ada di antara mereka sedang bersiap sedia untuk pulang, dan jika tidak silap saya, sudah ada penerbangan pertama yang membawa jemaah haji kembali ke tanah air. tahun ini alhamdulillah, Atuk dan Nenek saudara saya berkesempatan menunaikan Haji setelah menunggu bertahun2x dan menyimpan modal dan azam untuk melangkahkan kaki ke Tanah Suci Al-Mukarramah. …. giliran kita bila pula??
Azam saya cuba sematkan ialah, mahu menunaikan Haji seawal muda belia, di waktu masih bertenaga untuk melangkah dengan gagah. Dan yang pastinya, sebelum menunaikan Haji, saya mahu menunaikan Umrah secepat yang mungkin daripada sekarang. Anggaran masa yang saya rancangkan ialah di awal 30an saya mahu menunaikan sekurang2x nya sekali Umrah, dan sebelum umur saya mencecah 40an, Insyallah, impian menunaikan haji saya cuba laksanakan.
Kenapa mesti di waktu muda??? kan banyak lagi tanggungjawab yang mesti dilakukan, dan kewangan kita masih belum kukuh. .. Jawapan saya mudah sahaja, kita telah didik dengan satu budaya, iaitu, Haji mestilah kita lakukan di waktu senja umur kita. Dan kita juga di sogokkan dengan pelbagai cerita yang kurang membina berkaitan haji. Haji juga bukan satu bebanan kepada kita, akan tetapi, ianya merupakan tarbiah dan latihan untuk melembuatkan hati dan jiwa sanubari, supaya menjadi lebih bertakwa dan taat kepada suruhanNYA.
Masalah kewangan dan giliran menunaikan haji merupakan isu pokok yang menjadi penghalang kepada warga Malaysia yang ingin menunaikan Haji, Tabung Haji merupakan satu badan yang bertanggungjawab menyelia dan menguruskan jemaah haji saban tahun dan segala pergerakan, latihan, tuntutan dan sebagai yang berkaitan dengan haji, mestilah melalui Tabung Haji.
Masalah keawangan ini, kita dapat selesaikan dengan lebih mudah melalui kaedah penabungan. Penabungan yang berdisiplin dan sistematik, akan memudahkan kita mendapat modal yang mencukupi bagi menunaikan Haji. Tabungan itu mestilah dari SEKARANG, bukan semasa berumur 40tahun nanti. Kebaikannya, jika menabung dari sekarang, maka, dalam sepuluh tahun nanti, insyallah, kita akan berpeluang menunaikan haji dalam masa yang masih muda sehat bergaya dan yang penting, kita mempunyai banyak masa untuk menterjemahkan pentarbiahan di Makkah nanti kedalam kehidupan seharian.
Kita buat kira-kira dan bajet sedikit untuk perangan Haji pada tahun 2025 (angaran saya).
-
Tabungan Bulanan (Tabung Haji) = RM 100 x 2(suami isteri)
Melalui kira2x ringkas di atas, tidak susah mana pun untuk kita merancang untuk mengerjakan haji, sedangkan kita boleh menyumbang untuk hiburan, rekrasi, pelancongan dan sebagainya, takkan la kita tidak boleh menyumbangkan sedikit usaha, wang dan masa kita untuk melaksanakan tuntutan Islam. Kita buat tabungan sekadar yang kita mampu, yang penting Disiplin, dan semangat kita yang berkobar untuk menunaikan Haji.
Jangan di lupakan, amalan kita yang lain, mestilah seiring dengan azam kita, inyallah, jika itu lah niat kita, kita akan dipermudahkan oleh Allah. Niat mesti ikhlas, bukan menunjuk2x, tambahkan ilmu tentang Islam dengan berGURU bukan belajar sendiri. Insyallah, semoga uasaha kita ini akan dipermudahkan oleh ALLAH.
-
-
#2 written by komen 1 year ago
Masalahnya masih ramai yg tidak tahu sebenarnya berapa ramai yang mendaftar dan tabungannya sudah melebihi kos menunaikan haji tetapi kena menunggu giliran sehingga 15 thn contohnya daftar 2009 duit dah cukup tapi giliran 2026 daftar awal thn 2010 giliran 2030 apalagi kalau duit belum cukup entah bila la giliranya entah2 2050 lah kot. itu daftar untuk muassasah kalau daftar pekej mungkin cepat sikit tapi kasihan kepada yang tak mampu nak ikut pekej tambang 2 setengah kali ganda.
-
#3 written by RosMJD 1 year ago
Salam, ya, saya pon teringin sangat nak menjejakkan kaki ke tanah suci….dah lama mula menabung dan menyimpan angan2 tp rezeki nak kesana belum ada lagi kerana mcm2 hambatan, kadang2 kita terhalang bkn hanya krn wang tp mcm2 hal dlm kehidupan ini. Saya dah mendaftar di Tabung Haji tahun 2009 dan mendapat giliran menunaikan haji pada tahun 2026….lamanya nak tunggu……kerana hati dah teringin sangat insya Allah saya usahakan menunaikan umrah bulan Mac 2011 nie….
-
-
salam, kalau ada rezeki, sihat dan cukup kewangan sangat dituntut tunaikan haji, pengalaman umrrah dahulu sangat memberikan kesan kepada diri akan kecintaan kepada negeri Hijjaz.
mohamadazhanhjdesa Baru Menulis Artikel di..Cerai SMS Talak 3- Suami Curang
-
betol tu Azhan. hanya mereka yang pernah menunaikan umrah sahaja tahu macam mana nikmatnya mengerjakan Haji nanti.
Jundullah Osman Baru Menulis Artikel di..Haji Di Waktu Muda Belia
-
-
Bagus juga mengerjakan haji & umrah di usia muda ini…
1 wawasan yg bagus…
Saya pun insya allah akan cuba menabung juga utk mengerjakan umrah/haji ini …
aktechpage.com Baru Menulis Artikel di..Scribdcom- Portal Perkongsian Dokumentasi Online
-
memang itu yang sepatutnya, bila kita merancang awal, maka, awal la kita dapat menunaikan ibadat kita
Jundullah Osman Baru Menulis Artikel di..Haji Di Waktu Muda Belia
-
- Comment Feed for this Post
- Panggilan Peperiksaan Bertulis PTD 16 Julai 2011
- Intipati Jumaat 07-Mei-2010-Perkasa Institusi Keluarga
- Intipati Jumaat 30-April-2010-Peranan Media Baru
- Intipati Jumaat 23-April-2010
- Intipati Jumaat 16-April-2010
- Intipati Jumaat 9-April-2010
- Intipati Jumaat 2-April-2010
- Intipati Jumaat 26-Mac-2010
- Intipati Jumaat 13-Mac-2010
- Intipati Jumaat 5-Mac-2010

Alhamdulillah. Saya sudah pun mengerjakan haji pada tahun 2010 mengikut pakej Tabung Haji Travel.
Kalau ikut yang biasa (muasasah) paling kurang kena tunggu 5 tahun.
Insyaallah saya akan menulis entri tentang pengalaman saya mengerjakan haji pada tahun 2010.
RozaniGhani Baru Menulis Artikel di..Tutorial Membuat Header Twenty Ten Theme Sebagai Link Ke Home