Assalamualaikum w.b.t.

Jangan pening dengan tajuk di atas, Anggap lah, title untuk post tahun baru 2011 ni macam permalink html ek. Kalau xtau permalink html tu apa, boleh la googling nanti2 yer. Post kali ini, saya mahu membuat satu rumusan apa yang saya telah capai pada dari awal tahun 2010 sehingga malam terakhir 31 Disember 2010. Jangan risau, saya bukan buat karangan, cuma ingin berkongsi dengan kawan2, sedara mara yang mahu tahu perkembangan saya dan follower saya.

ihappy-new-year-2011

Sepanjang tahun 2010, banyak peristiwa, kejadian, pencapaian, anugerah dan sebagainya yang terjadi. Antara yang paling menarik ialah, Tahun 2010 juga merupakan tahun yang paling aktif sebagai Blogger Terhormat. Wujudnya blog JundullahOsman Dot Com merupakan pengalaman manis yang dapat saya kongsikan dengan pembaca. Kalau ada yang perasan, ada satu post saya, mendominasi carta post terhebat. perbahasan panjang lebar oleh tukang komen, insyallah, saya akan buat satu post mengenai isu tersebut. boleh rujuk post tersebut di sini Siapa Alexander?

Tahun 2010 hampir melabuhkan tirai pada malam ini, di bawah saya coretkan pengalaman yang saya lalui sehingga tiba ke penghujung tahun:-

  • Mula blogging secara serius, boleh lihat post pertama saya di SINI
  • Menamatkan Bachelor Degree. baca konvo usim
  • Menyertai Kursus Php Developer anjuran Mdec. Baca SINI
  • Menyertai Kursus Keusahawanan anjuran kaks. Baca SINI
  • Di tawarkan menjadi Pelatih GREAT Cyberview Sdn. Bhd. Baca GREAT
  • Bekerja di Horizon Medical World Sdn.Bhd
  • Konvokesyen USIM ke 8, Graduan Pengajian Quran Dengan Multimedia. Baca konvo
  • Ditawarkan Jawatan FELO SISWAZAH USIM. Baca FELO SISWAZAH
  • Melanjutkan Pengajian di Peringkat Master di UKM
  • Menamatkan GREAT Cyberview Sdn. Bhd Internship @ Training dengan Jayanya.

 

    Quran Multimedia 2010

Banyak lagi sebenarnya pengalaman berharga yang saya kutip sepanjang tahun 2010 ini, tetapi yang di atas, merupakan peristiwa yang terbesar berlaku dalam hidup saya pada tahun ini. Alhamdulillah, Syukur kepada Allah, kerana memberikan saya peluang dan ruang untuk melatih diri menjadi seorang yang berguna pada Agama, Bangsa dan Negara.

Menjelang 2011 yang akan menjelma tidak lama lagi, saya menyimpan azam untuk menamatkan Pengajian Masters saya secepat yang mungkin, Insyallah, paling lambat pun dalam setahun setengah. Dalam masa yang sama, saya cuba kumpul pengalaman dengan mengajar dan berniaga secara kecil kecilan.

Terima kasih kepaca pembaca yang sentiasa berkunjung ke blog saya, walaupun kadang2 penulisan saya agak berat dan menggunakan bahasa yang agak sopan, tetapi, itulah kelainan yang saya cuba tonjolkan dalam cara penulisan saya. Moga, dengan latihan menulis blog ini akan membantu saya untuk lebih lancar dan cekap dalam menulis TESIS di peringkat MASTER dan PHD nanti.

Bila saya akan kahwih? banyak sangat soalan ini datang menerjah, jawpan saya, insyallah, mungkin selepas saya menyiapkan masters saya nanti. Calon? alhamdulillah, sudah ada, dan doakan saya tidak menjadi Playboy berubah hati. Si dia memang seorang yang istimewa pernah muncul dalam hidup saya. tak leh cite panjang, nanti orang menyampah. hehe

Ok, akhirnya, Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca yang berkesempatan membaca blog saya ini. Semoga tahun 2011 ini menjadi titik permulaan kejayaan dalam hidup kita semua. jangan lupa berdoa mohon diberikan petunjuk dan barakah dalam setiap tindak tanduk kita. Tidak dilupakan, saya merakamkan TAHNIAH kepada Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia yang berjaya menjulang Piala yang di idamkan oleh setiap Negara Asia Tenggara iaitu, Piala AFF SUZUKI. Permainan anda semua sangat cantik dan berbaloi untuk di tonton, teruskan momentum kemenangan ini, dan tunjukkan kepada dunia, Malaysia juga mampu berjaya dan mencapai kejayaan. TAhniah sekali lagi. Kepada penyokong Indonesia yang emosional, cukup lah dengan dendam dan cacian nista anda. tiada gunanya anda memperjuangkan bangsa masing2, bersatu lah, menjadi satu rumpun yang memperjuangkan persaudaraan sesama Islam.

Bola menyatuan Ukhuwah, bukan Memburukkan ikatan persaudaraan.

Tahniah kepada semua, semoga terus maju jaya. Wasaslam