Ipod Idamanku akhirnya………Milikku

Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang tidak pernah puas membaca dan mencari ilmu. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, rezeki yang datang tidak disangka2. Masih ingat lagi entry saya 2minggu lepas tentang Sistem Kedai Online Niagakit ( Klik Sini untuk baca). Review Sistem Kedai Online Niagakit tersebut telah diisytiharkan sebagai pemenang tempat kedua dalam pertandingan dibawah Cabaran 25 Hari Mencari Blogger Terbaik & Paling Kreatif Seantero Malaysia!

Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia nakpak dimana?…

itulah peribahasa lama2, siapa sangka hadiah tempat kedua berupa Ipod Nano 8Gb yang berharga lebih kurang RM500 lebih menjadi milik saya. terkedu malam sabtu baru ni apabila senarai nama pemenang di isytiharkan. saya mendapat tahu pun selepas membaca post komen di Facebook. Kebetulan saya baru balik dari program penuh sentimental “Dinner Program Quran Multimedia Batch II”. nanti saya postkan satu entry khas tentang dinner tersebut.

Lebih terharu, ini lah merupakan kali pertama saya memenangi pertandingan yang menawarkan hadiah yang cukup berharga. lebih2 lagi antara pemenang yang tersenarai dalam pertandingan tersebut merupakan Otai2 dan pakar dalam dunia Internet tempatan, antarannya SmartZul dan Rohaizad. Bagai saya mereka memang layak mendapat tempat dalam pertandingan review tersebut. Komen dan Review mereka memang Ummmph dan power. Review yang saya tulis sebelum ini, tiada la hebat mana, saya cuma bagi pendapat jujur saya sebagai pengguna. Dan sememangnya NiagaKit mempunyai kelebihan tersendiri berbanding Open Source yang boleh didapati dengan percuma di Internet. Dan kebetulan pula, saya memang ada basic mengenai methodology Web Developement, maka, boleh la saya komen setakat yang mampu. Yang pasti, apabila kita fokus dan terget unt buat satu artikel yang membantu org, insyallah, ilmu tersebut akan lebih bermakna dan bermanfaat.

Siapa JundullahOsman yang memenangi kedua tu???

I’m a nobody in this field. itu sahaja jawapan saya dapat jawab untuk soalan ini. apa pun, bagi saya, hadiah tidak penting, tetapi, kita enjoy dengan apa yang kita lakukan. bukan itu sahaja, apabila kita menulis bagi memberikan maklumat dan manfaat kepada pembaca, insyallah, adalah imbuhan bahagian untuk kita. yang penting ialah ikhlas dan tindakan kita.

Flarebiz dan Sistem Kedai Online Niagakit !!!

Terima Kasih banyak2 kepada pihak penganjur yang memilih pemenang. Sekalung tahniah kepada pemenang yang membawa pulang hadiah. Usaha lagi dan jangan berputus asa kepada mereka yang tidak mendapat tempat. apa pun, penyertaan anda dalam pertandingan ini, memeriahkan lagi persaingan. Dan lebih penting, kita telah membantu mereka yang berhajat untuk memulakan perniagaan melalui Internet. dan Sistem Kedai Online Niagakit merupakan Platform yang terbaik untuk pasaran tempatan.

Di bawah saya masukkan satu komen yang sangat menarik perhatian saya mengenai Niagakit. Perbualan antara Jaws dan Labanon (Adly Flarebiz).

adly & Jaws

credit picture to : sueellablog.qdw.com.my

Screenshot di atas, merupakan salah satu conversation antara 2 Otai Internet Marketing. Mereka berpengalaman dalam bidang masing2. Apa2 pun, kita dikira lebih beruntung, kerana, hasil kerja keras mereka ini memberikan pelbagai info, maka dan maklumat tentang perniagaan internet, maka, jika kita perhatikan, Bisnes di Internet telah menjadi satu trend sekarang di Malaysia. dalam masa yang sama juga, ianya banyak membantu mereka menambah pendapatan menyara hidup.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat dan mereka yang memberikan semangat kepada saya untuk berblog. selepas ini Berblogging akan menjadi aktiviti tetap saya setia minggu. Terima Kasih semua, Flarebiz dan kawan2 yang sudi menjengah blog JundullahOsman Dot Com. Sistem Kedai Online Niagakit Da Best in Malaysia.

2 comments

  1. Jundullah Osman

    sabar, ipod belum sapi ketangan lagi, he:D
    My recent post "~Apabila kamu merasa letih kerana berbuat KEBAIKAN,maka sesungguhnya KELETIHAN itu akan hilang dan…"

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge