Source: BeritaSemasa.com

Assalamualaikum w.b.t.

Memandangkan saya ni warga Kajang, saya kena tulias jugak Post ni. Detik cemas berlaku apabila Bandar Kajang yang sentiasa sesak saban hari ditenggelami banjir besar. banyak kereta terkandas. banyak juga barang jualan yang rosak. Video dibawah ni, menceritakan segalanya.

Dalam Pukul 7pm tadi, saya sempat ronda2x kawasan metro kajang. Memang dasyat banjir kilat nya. Sekitar Metro Kajang menghala ke arah Bank Islam dan Pasar Kajang, serta Hadapan KFC memang teruk kena. Anda boleh tgk gambar kat atas, tingginya air sampai tenggelam kereta. Cuba bayangkan pula kereta yang parkir di bawah Plaza Metro Kajang. Memang Terpaksa di “Towing” la alamatnya.

Saya ada tanya mereka yang dah lama berada semasa banjir, katanya, air sungai melimpah berpunca daripada aliran sungai belakang metro kajang. Air pula, berlumpur dan melekat, memang susah la nak mencuci kedai2 lepas ni.

Hujan kilat Begini, pastinya, paling tersenyum panjang ialah bangkel kereta. bayangkan kalu 100 buah kereta tersadai, dan memerlukan di “Towing” ke bengkel, memang bebaloi2 la Abg Bengkel yer.

Pengajaran yang perlu kita ambil, Jaga kebersihan, jgn buang sampah merata2, nanti tersumbat longkang, Bandar Kajang perlu di berikan nafas baru, memang terlampau sesak dan menyesakkan jika masuk pada waktu puncak.

Akhir kata, buat mereka terlibat, Takziah diucapkan, terima dugaan denan hati yang terbuka. anggapkan ianya Kaffarah dari Allah untuk menguji kita  Wassalam.