Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua rakan2 yang dohoormati. Saya bru sahaja menghabiskan final exam pada minggu lepas. Tesis pun dah diberikan markah. so sekarang, secara rasminya saya menjadi penganggur terhormat. he. Oppppss, nanti dulu, saya belum grad lagi, so title student masih ada. he.

Bulan ni saya penuh dengan kursus. Sekarang ni sedang menghadiri Kursus keusahawanan Siswa (KaKS) anjuran Sekreteriat Latihan Keusahawanan Siswa Usim (SeLKS). Seramai 38 orang terpilih termasuk saya la. Hari ni baru masuk hari yang ke tiga, esok (Rabu) saya akan ke D’Nelayan Resort Melaka, berkampung dan berkursus di sana. Jadi, memang banyak info dan perkara baru saya dapat belajar. Setakat 3 hari ini, saya dah berjumpa dengan pelbagai Usahawan yang berjaya. Jutawan pun ada memberikan nasihat berguna kepada peserta. Siapa Jutawan Tersebut, nanti saya akan ceritakan pada post yg lain. he. tak larat sebenarnya, nak buka internet pun lemau je. tu yang banyak komen yang belum berblas lagi. Insyallah, saya akan reply secepat mungkin

25749_1248981308682_1353933175_30559445_1976664_n

17 Mei – 5 Jun pula, saya terlibat dengan Kursus MSC Malaysia Undergraduate Skills Programme(USP). Program ini juga dijalankan di USIM. saya memilih kursus PHP intensif selama 15 hari. Kursus lain yang ada, Java, tapi, macam tak larat pulak nak attand lagi 15 he. Jadi, bagi saya, kursus2 ini sangat bagus untuk kita menimba ilmu dari mereka yang benar2 terlibat dalam industri tersebut. memang saya berharap sangat, dapat mengumpul sebanyak mungkin ilmu2 yang akan dicurahkan di kedua2 program tersebut.

Memang saya keletihan sebenarnya, seharian suntuk duk berkursus, tapi rasa macam tak best pulak kalau blog tidak terusik, macam rasa mengabaikan tanggungjawab plak. Walaupun kita cuma ada seorang pembaca setia, kita tetap bertanggungjawab menunaikan tanggugjawab kita sebagai blogger. bukan kah itu janji kita di awal2 kemunculan. he. Akhir kalam, jangan la segan2 nak komen yer, lepas ni, saya akan update pula pengalaman penuh mengikuti kursus keusahawanan. Wassalam

p/s: tengah draf ebook tentang RSS. Insyallah