Charity Event : Homestay Sg. Haji Dorani, Sabak Bernam

Assalamualaikum w.t.b

Post hari ni mungkin agak panjang sedikit, panjang pun dengan gambar je agaknya. tetapi yang penting, nak share dengan anda semua pengalaman yang cukup manis, cukup bermakna pernah saya lalui. Banyak memori dan pengalaman meneroka keindahan Kampung di hujung Selangor.

6 November 2010, Program Di Sini Ku Berbakti anjuran Great 11 Cyberview Sdn.Bhd telah di adakan di Homestay Sg. Haji Dorani, Sabak Bernam, Kuala Selangor. Kalau nak tahu di mana di mana tempatnya Homestay ni, jika kita menghala ke Sabak Bernam, selepas je Kg Simpang Lima, di sini la terletaknya Homestay yang menarik ini. Jika tak pernah sampai lagi ke Sabak Bernam, boleh la selepas tengok gambar2 di bawah nanti, Rancang percutian ke Homestay Hj Dorani. Yang lebih menarinya, Jika anda semua peminat siri Nur Kasih… di Sini la tempat penggambarannya, Surau yang kami gotong royong juga merupakan salah satu lokasi penggambaran :) pendek ceghite, Homestay Dorani ni, merupakan tempat pilihan pengarah tempatan untuk di jadikan lokasi penggambaran.

View Official Poster Charity Event

View Full Album

Lebih kurang 3 minggu kami merancang program ini, saya sebagai Pengarah Program telah membuat lawatan ke Dorani Homestay pada 16 Oktober 2010. Saya menaiki Bus Ekpress Sabak Bernam di Bukit Jalil dan turun di stesyen Bus Sungai Besar. Kawan karib saya Hairol Azman menjadi pemandu pelancong saya sepanjang sekerat hari di Sungai Besar. Meeting dengan penyelaras Homestay En Abd Rahman bersetuju pada 6 November 2010 Program Charity Event Great 11 : Di Sini Ku Berbakti diadakan. Lepas Meeting Terus Naik Bus Ekpress Sabak Bernam Balik Ke Bukit Jalil. LETIH? faham2x jela perjalanan 3 jam satu hala. he.

Antara yang memberikan sponser untu Charity Event ini ialah Cyberview Sdn.Bhd, Megajana Sdn.Bhd, Orenda Sdn.Bhd dan sumbangan persendirian daripada kenalan Ahli Great 11.  Ada juda sumbangan dalam bentuk meterial seperti Beras, gula, tepung, dan sebagainya. Sumbangan daripada mereka yang tersebut di atas, amat2x lah di hargai. Dan yang lebih penting, sumbangan tersebut kami dapat salurkan kepada mereka yang memerlukan. Antara penerima sumbangan ialah OKU, ibu tunggal dan juga warga Emas. Antara Sumbangan juga ialah barang2 keperluan harian, dan juga wang tunai. Berapa ringgit??? biarkan lah rahsia. he. yang penting, hajat penyumbang sampai juga ke tangan yang berhak.

View Charity Event

View Full Album

Kami bertolak dari Cyberjaya dalam pukul 7.30am, sampai je kat Dorani Homestay dalam pukul 10.02am. he. lebih kurang 3 jam juga la. dan yang lebih best, Rapid KL memberikan Sebijik Bus Rapid KL untuk kegunaan kami di sana. memang style la, masuk kampung naik bus Rapid KL, lalu tepi bendang, memang sempoi dan panorama yang sungguh indah. Kami disambut penduduk kampung dengan di Surau An-Nur (lokasi NurKasih) dengan penuh ramah dan ceria. Dijamu dengan kuih muih dan juga air kelapa Kg, memang syok habis, letih2 sampai, minum air yang menyegarkan, memang terus hilang penat.

Tanpa berlengah2x, kami memunggah barang2 sumbangan, dan majlis dimulakan. Dipengerusikan oleh En Din “Sivaji” he, dan bacaan doa oleh imam. Saya pun join memberikan ucapan, yela ketua delegasi, he. Last, ucapan ketua Jkkkp kampung. Kami menjadi agak “kembang” apabila di alu2x kan bagai oleh ketua kampung. Delegasi pertama dari Cyberjaya katanya. apa lagi, makin berbunge la Cyberview. Yang pasti, kami semua memakai baju T-Shirt Cyberview, dan memberikan publisiti percuma kepada Cyberjaya.he. Sumbangan disampaikan saya dengan Ketua Kg. Alhamdulillah, semua mereka yang layak menerima, datang ke majls ini.

Selesai Majlis penyampaian sumbangan, kami meneruskan agenda dengan mengadakan Gotong Royong di Surau An-Nur, Bergotong Royong la kami mengerjakan Surau menjadi lebih bersih, meriah, sedap mata memandang dan selesa untuk beribadat. Surau An-Nur memang sangat menarik, mengadap ke bendang yang terhampar luas menjadikan ruangan dalam masjid sangat selesa dengan tiupan angin Timur Laut. terus terasa nak tidur je. walaupun hari agak panas, tetapi, kehangatan di sekitar bendang tidak sangat terasa, memang mendamaikan.

View Charity Event 0

View Full Album

Kemana lagi selepas itu??? Dalam pukul 1pm, kami ke Center 2 Dorani Homestay, untuk menjamu selera. Makanan istimewa kami petang itu ialah Nasi Amberng. memang sangat2x sedap. 5 Dulang untuk 24 Orang tetamu. Licin bebudak ni sental dalam dulang tu. Kalau anda semua sempat ke sana, jangan lupa nasi amberng,,, rugi tak cuba. Nasi Amberng ni makanan Jawa, dah tentu penduduk di sekitar kg ni berketurunan Jawa. Boleh kenal tempat orang dan budaya orang lain memang satu pengalaman yang hebat. Lepas makan, kami menunaikan Solat Jamak, dan ada juga yang duk mengorok (tidor berdengkur). he

Lawatan ke rumah salah seorang ahli Qaryah, mengejutkan kan tuan rumah. yela, satu bas Rapid KL datang. Kami di fahamkan oleh En Abd Rahman, penghuni rumah tersebut mempunyai seorang anak OKU, Pakej (buta 95%, Sindrom D dan kurang keupayaan bercakap). Moga Allah, akan membalas budi kedua ibu bapa yang menjaga anak tersebut, kami yang singgah sekejap pun, turut menumpang simpati. Kami hulurkan Bantuan yang tidak seberapa kepada tuan rumah, moga sedikit sebanyak dapat meringankan beban.

Kami meneruskan perjalanan, aktiviti selepas ini, merupakan aktiviti kami selepas menghabiskan separuh hari membuat amal di kampung. Kami melawat kilang nata de coco dan minyak kelapa dara. Tak sangka pulak, minyak kelapa dara disini cuma berharga RM 13.00. Murah sungguh. selepas itu, kami ke kilang Kerepek. apa lagi memborong la mereka2x yang suke kerepek ni. (ada beli, tapi tertinggal dalam bus…huhu).habis je shopping… kami patah balik semula ke Center ke-2 Dorani Homestay, untuk aktiviti yang di tunggu2x iaitu GAGAU.

View Gagau

View Full Album

Gagau ni merupakan aktiviti menangkap ikan di sawah bendang pada musim menuai, tetapi, di jadikan aktiviti istimewa oleh Dorani Homestay. Kami menangkap Ikan keli yang dah di potong sengatnya. mula2x sopan lagi la duk mencari, lepas tu, naik angin asyik tak dapat tangkap je. terus main terkam, tu yang dalam gambo ni, mandi lumpur kami. memang syok. paling terer tangkap, tu ha, awek yang kat atas ni, cekap giler tangkap. Yang lawaknya, ikan pun naik mabuk sebab ramai sangat yg turun dalam kolam, senang la nak tangkap.Pernah tengok Rancangan Redah Kasi Pecah??? Haaaa, mereka pun ada datang ke Dorani Homestay, Afdlin n Zizan pun duk mandi dalam bendang, duk GAGAU juagk, memang kelaka habis. lepas Gagau, kami main pukul bantal atas titi pulak, Bawahnya ada tali air. so sape yang kene gasak, alamatnya jatuh la dalam tali air. Tetap best, tergelak beso kami, ada kawan2 yg jatuh. he. Kami bersihkan badan di Kelong, bersih sikit air nya.

Lepas semua uruskan diri, maka hampir sampai ke penghujung la aktiviti kami di Dorani Homestay. sepatutnya, ada persembahan kuda kepang pada malamnya, di batalkan pulak, ok jugak, boleh kami balik awal, dah letih ni.he. Memang satu pengalaman yang sangat menarik dapat di timba. Panorama yang indah, tradisi Jawa, makanan yang best dan sebagainya. Kami mengucapkan selamat Jalan pada petang itu. memang boleh datang lagi ni. Letih2x, ni, kami singgah plak di pantai Homestay Sg. Nibong, sebelah je Dorani Homestay, makan kat restoran terapung, masa tu, dah nak gelap, memang lawa sangat suasana mata nak terbenam. Photographer kami, ape lagi, mengambil kesempatan la buat photoshoot. Boleh tempah dia untuk Wedding Shoot. Propessional beb. he.

Akhir sekali, kami semua terlelap dalam bus Rapid KL, thanks kat abg Faizul, driver bus, yang membawa kami selamat pulang ke Cyber. esoknya, badan sengal2 yang amat. lenguh pun ye. he. apa pun, Dorani Homestay menjadi saksi untuk Charity Event kami. Dan Kami mendapat Feedback yang amat baik daripada Cyberview Sdn.Bhd mengenai program yang kami anjurkan. Thanks kat Pn Intan Coordinator Great Program, Farahin n Juju,sebagai pembantu penyelaras Great yang ikut sama kami. korang memang sporting. Dan yang paling penting, Members Great 11….Thanks atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. tanpa anda, program ni, takkan berjaya seperti ini.

P/s: kepada yang berminat untuk melawat Dorani Homestay, boleh la Klik pada website mereka http://www.doranihomestay.blogspot.com/

12 comments

  1. Muhammad Saifullah

    Tapi, sayang …Dorani homestay sekarang sudah berpecah. Encik Abd.Rahman dah buat homestay lain. Haji Ahmad Jamiran dah tinggal keseorangan ….Sungguh sayang !…

    Di Sungai Haji Dorani dah wujud pulak sebuah homestay baru. Kami dari UPM dah buat lawatan dan menginap di situ. Boleh tahan jugak. Kawan-kawan yang nak tau boleh layari :http://homestayjkkk.blogspot.com/

  2. akubiomed

    Dulu saya bersekolah di Sungai Besar di dalam daerah Sabak Bernam. Pada ketika itu saya form 5 dan mengikuti aktiviti tahunan sekolah kami menjadi anak angkat pada kampung terpilih. Saya dan rakan telah menjadi anak angkat selama seminggu 7 hari disebuah kampung di Bagan Datoh. Banyak aktiviti kami lakukan seperti membersihkan balai raya dan mengecat serta aktivti kesenian
    akubiomed Baru Menulis Artikel di..Lawak malam Jumaat 18sxMy Profile

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge