Bila Lagu Negaraku Berkumandang….

Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua pembaca.Moga sihat2 selalu ya.
Hari ini, lepas subuh saja, terus ambil raket tennis dan menghala ke Pusay Sukan Sepang, lebih kurang 20 minit jugak la dari taman perumahan ni. hari ni, just nak exersize dengan Capt. Abu Samah, Uncle Nan, Uncle Zubir dan beberapa org lagi. kita orang main la, hayun punya hayun raket tu sampai pukul sepuluh pagi baru berenti, bayangkan dari pukul 7.30 pagi lagi main. he. memang puas hati, dapat main all out dengan org2 terer dan expert main. puas hati keluar peluh macam mandi. he.
Di pusat sukan tu juga, diadakan majlis Sukan sekolah, ramai la penuh kat pavilion pusat sukan tu. ala sukan sekolah, yang ada rumah merah, rumah biru, kuning dan hijau, macam kita kecik2 dulu. yang menariknya, nak boleh start senam robik pagi, macam warming up tu, kena ikut tentatif. Nasyid lagu asma ul Husna, lepas tu, Negaraku, lagu selangor, lagu sekolah n last sekali bacaan doa. untuk semua itu lebih dari setengah jam diambil.he. masa ni saya tengah main tenis, n perasan la pasal dekat je. so ambik pot la jugak sikit2. he
Isu yang hendak di kongsikan di sini adalah. tentang semasa lagu negaraku dinyanyikan. tiba-tiba, Uncle abu cakap, stop jap, negaraku tu, masa tu tak tau apa perasaan saya, satu padang di sepang tu, berdiri tegak, dan stop main sementara, mereka yg jogging, main basket ball, skateboarding (ade ke tadi… he), semua berhent dan tegap berdiri. ada budak2 sekolah main futsal kat belakang, masih main, terus kena marah dengan Uncle Abu. hehe, akhirnya semua org berdiri dan menghormati lagu Negaraku.
Terus terang, perkara ini, jarang2 sangat berlaku depan mata, dan berasa kalau semua Rakyat malaysia cintakan Negara, maka aman la Malaysia ni dari satu cabang, iaitu, cabang keharmonian dan kepelbagaian penduduk. adakah kaum2 lain dalam Malaysia, apabila dinyakikan lagu Negaraku, akan melakukan perkara yang sama macam diatas? Mungkin ia dan Mungkin tidak. di sepang tadi, majoriti adalah bangsa melayu berugama Islam. so, satu pertanyaan, adakah cintakan Malaysia, tanah air terletak di bahu Bumiputra sahaja ke? bangsa lain hanya memberikan saupport tambahan?.. timbang2 kan lah, perkara ini. bagai saya, semua rakyat Malaysia sayangkan malaysia. dan ingin hidup aman di sini. jadi. seharusnya lah, apabila kita tinggal bersama, kita sama2 menghormati satu sama lain. jgn pentingkan diri dan jangan pula bersikap syak dan dengki. perkara tersebut, akhirnya akan merugikan negara kita juga.
Akhirnya, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, kurangkan memainkan isu2 sensitif dan berlapang dada lah sesama kaun, supaya keharmonian dapat dicapai. perasaaan seperti menyanyikan lagi Negaraku bersama2 dalam suasana tenang, menimbulkan lagi kecintaan kepada negara.Wassalam
kula lagu ni. he
Malaysia Satu Fizal Tahir

iringi juga dengan asmaul husna ^_^
hafid junaidi Baru Menulis Artikel di..Asmaul Husna mp3