Street Photog: Baazar Ramadan Nilai

baazar ramadan

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni masuk Puasa ke-4 dah. sekejap je. sape kate puasa susah?mudah je. Puasa mudah je kalau setakat berlapar. Tatapi Ramadan ialah bulan terbiah dan latihan untuk mendidik jiwa, rohani dan fizikal menjadi lebih baik untuk 11 bulan akan datang. Jadi, adakah Ramadan sekadar berlapar sahaja?

Sempat singgah ke Baazar hari pertama puasa. memang meriah, jln pun dah tak boleh dah, superb ramai. Semua org seronok berbelanja untuk membeli sajian berbuka, yg best, bukan Islam pun ramai juga join sekaki. Kesempatan ni, ambe grab 7D, terus wat Street Photography dgn Apat. Snap gambo makanan dan suasana di bazaar. hehe. Hasilnya, boleh tgk tumbnail kat ateh tu haa.

 Ambe perasang satu mende, bila ke baazar susah nak kontrol berbelanja kan? Yup, memmang susah, rambang mata deyyy. Masa ambe kat baazar semarak baru ni, ada 2-3 jenis lauk yg agak “rare” jugak. Contohnya, ayam bako tempayan. Nampak mearik dan menggiurkan :) jadi, cara tebaik untuk berbelanja di baazar ramadan, rancang dulu nak berbuka apa, bajet duit untuk brp org mkn dan jgn bawak duit lebih :-

Apa pun, Ramadan bukan bulan untuk membazir, didik jiwa untuk menjadi lebih wasatiyyah, bersederhana itu lebih manis. Insyallah, Ramadan kali ini, mudah mudahan mampu mengubah diri kita kepada yg lebih baik.

Dalam lusa, Sepupu dari Syiria akan balik dgn penerbangan Kerajaan Malaysia. Insyallah, mungkin boleh berkongsi cerita dengan dia nanti situasi sebenar di Syiria. Wassalam.

 

2 comments

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge