Assalamualaikum w.b.t.

Selamat memasuki tahun baru 2012 pada hari ini. Sekejap aje masa berjalan meninggalkan 12 bulan di tahun 2011. Pengalaman, kenangan, kejadian dan sebagainya yang telah terjadi pada 2011, kita simpan dalam lipatan buku sejarah. Mana yang baik kita ambil dan amalkan, dan mana yang buruk, teruk kita berusaha untuk jauhkan. Moga 2011 yang telah berlalu menjadi tahun pengalaman untuk kita membesar dan menjadi lebih matang.

2012 membuka tirai dalam sejarah kehidupanku. Tahun ini, insyallah aku akan memiliki kereta pertamaku Smile. Tahun ini juga, kalau diizinkan Allah, aku cuba untuk menamatkan zaman bujang, Insyallah Smile. Azam kita sentiasa boleh sematkan, tetapi untuk melaksanakannya sangatlah susah dan memerlukan disiplin yang kuat. kalau tidak, azam hanya tinggal azam, kita masih juga ditakuk yang lama.

Azam aku yang utama pada tahun 2012 ini ialah menjadi lebih rajin, menghormati masa, disiplin dengan tugas dan Terpaling penting, aku mahu habiskan Master Sains Informasi di UKM dengan secepat mungkin. Insyallah. Kawan2 doakan juga untuk aku bergelar sarjana dengan jayanya. aminn.

2012 juga berkemungkinan besar tahun Pilihanraya Umum. Walaupun ramai yang cuba mengelak dengan Politik dan menganggap politik di Malaysia sangt kotor  tetapi, tanggungjawab kita sangat besar untuk menjernihkan dan membersihkan politik malaysia ini dengan kuasa veto kita. buat kajian manifesto parti politik dengan teliti, letakkan emosi, taksub dan kepentingan sendiri di belakang, dahulu, tetapi letakkan kepentingan Islam, negara dan Rakyat di hadapan. Insyallah, untuk pengundi muda seperti kita semua boleh mengubah landskap corak politik dan pentadbiran negara kepada lebih baik dan berkebajikan.

Diharap 2012 menjadi titik tolak kepada perubahan diri dan juga negara kepada lebih baik. Harapan tetap menjadi harapan jika tidak berubah dari sekarang. Wassalam.