Assalamualaikum w.b.t

Kalau sesiapa yang tak pernah try PAINTBALL, dah boleh coba2x la pergi main dan aim dengan MARKER “senapang”. Kalau nak yang best punya, kena la main yang war group la. pecahkan kepada dua team, lepas tu, serangggggggg. Part yang paling best ialah masa kene tembak, memang biru2 dan lebam la. Tapi hati2, jangan sampi terkena tempat sensor anda. Nak selamat, pakai pakaian yang tebal, macam seluar jeans dan jaket.

paintball 1 great 11

Hari ni ubah style penulisan sikit, cerita aktiviti dulu baru intro. hehe. pada 4 Disember lepas pihak CyberView Sdn.Bhd menganjurkan Corporate War Paintball Tournament. “Peperangan” ini telah di adakan di Taman Tasik Cyberjaya. Pesertanya ialah Intern Great 11,12 dan 13. bagi yang tidak tau Internship GREAT tu apa, boleh baca kat SINI.

Part yang best, mesti la time kita dapat “BUNUH” opponent kita. Bayangkan, dengan MARKER di tangan, dengan gaya Counter Strike, dapat membedil beratus-ratus musuh kita. Syok wooo. Part yang menyayat hati, tentula, bila time kita di serang hendap, takde belas kasihan langsung, main tembak sampai pecah darah “LEBAM”. Apa pon, pengalaman menyorok di celah BUNKER (tempat sembunyi diri) sambil mencari peluang menyerang musuh, memang pengalaman yang sangat best.

View Corprate War

Akhirnya, Kumpulan SNIPER KING (my team) kalah jua.hehe. apa2 pun, matlamat asal game ni sudah pon tercapai. Antaranya, memupuk semangat persahabatan di kalangan ahli baru GREAT dengan yang senior. Merapatkan jurang perkauman antara peserta dan memberikan pengalaman baru kepada peserta menimba pengalaman dalam aktiviti luar.

Paintball, bukan setakat permainan tetapi ianya satu latihan persefahaman. Bagi yang berminat mencuba permainan ini, boleh je, terus datang ke Kelab Tasik Putrajaya, dan tempah tarikh yang sesuai untu PEPERANGAN.

Lokasi Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberj

p/s: next post, insyallah, pengalaman hari pertama mendaftar sebagai pelajar SARJANA di UKM.