Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu kepada rakyat Malaysia. Hujung2x minggu macam ni, memang best kalau melepak di rumah sambil membaca, menulis blog atau pergi kenduri. Tetapi, memandangkan saya ni bujang lagi, so, jemputan kenduri tu agak kurang lagi, hehe. Baru je balik dari Inti Kolej, membungkus Nasi Mandi buat bekalan sepanjang hari. Nasi memang banyak, tu yang boleh buat makan sampai malam. he. Post hari ni, just nak bercerita tentang Karier saya untuk 5 tahun akan datang. Yela memandangkan saya dah menghabiskan Degree, masti la mahu menginjak di alam Karier dan pekerjaan pula.

Kerjayaku-Felo Siswazah-Usim

Minggu lepas pada 22 Oktober, saya menghadiri Temuduga untuk jawatan Felo Siswazah Fakulti Sains dan Teknologi USIM. Felo Siswazah merupakan jawatan baru menggantikan Tutor. yang membezakannya, Felo Siswazah ini, kita akan di serap sebagai tenaga pengajar di USIM selepas menamatkan pengajian di peringkat PHD. So, pendek cerite, sebelum jadi tenaga pengajar di USIM, saya perlu menamatkan MASTER & PHD. Yang paling best ialah, kos pengajian ini akan di tanggung sepenuhnya oleh USIM. Mau nak tolak tawaran hebat ini. (kalau bagi mereka yang tidak berminat jadi ahli Akademik, ni bukan pilihan kot :p )

Dan Keputusannya ialah, saya lulus dalam temuduga dan di lantik sebagai Felo Siswazah bagi Felo Siswazah Fakulti Sains dan Teknologi USIM. Saya di berikan tempoh sehingga 31 December 2010 untuk mendapatkan tempat menyambung MASTER. jika tidak, kontrak akan terbatal. Saya ada lebih kurang 2 bulan sahaja untuk memulakan pengajian. agak suntuk masa sebenarnya. dan yang lebih menarik lagi, Semua IPTA sekitar Lembah Klang sudah tutup permohonan pada 30 September lepas. Ai yoyoyoyoyo, ape yang saya patut buat, memang manyak fenin la .

p/s: download .pdf file berkaitan dengan felo siswazah disini. Felo Siswazah

Dalam pening2x kat mana nak sambung MASTER, ramai member2x saya yang mendapat panggilan peperiksaan bertulis PTD yang akan di adakan pada 13 November ni. saya try la check nama saya, dapat tak. Sedihnya, nama saya tidak tersenarai sebagai mereka yang layak menduduki peperiksaan PTD :(    tetapi tidak mengapa, memandangkan saya sudah mendapat jawatan Felo Siswazah, tawaran yang lain selepas ni, kalau datang akan saya tolak.

Ape yang best sangat dengan PTD (PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK) tu sampai semua orang berebut mendapatkan jawatan tersebut. Haaaa, ni eden nak habak mai. PTD ni, Antara kelebihannya ialah :

  1. Kita akan di panggil Pegawai Kerajaan or Government officers. Walaupun permulaan gaji apabila diserap masuk tidak la banyak mana, tetapi elaun2x tambahan serta faedah sebagai kakitangan kerajaan memang tidak dapat di nafikan. Bayangkan kalau kita sudah berkhidmat di sektor ni lebih dari 10 tahun, berganda2x elaunya.
  2. Bila kita sudah diserap menjadi pegawai tetap, Permanent Staff, Jawatan kita tidak dapat diganggu gugat lagi. Maksudnya, kita tidak akan dibuang kerja sesuka hati seperti Pegawai Swasta. Katakan akan datang, ada kegawatan ekonomi, kita tidak perlu risau untuk dibuang kerja,
  3. Bagi yang minat menjadi Duta kejaraan, atau mahu berkhidmat di kementerian tertentu seperti pertanian, pembangunan, keusahawanan dan sebagainya, dengan PTD la langkah pertama kearah karier tersebut. Dan yang lebih penting, apabila kita sudah lama dalam perkhidmatan, jawatan kita akan di naikkan ke tahap yang lebih tinggi, seperti JUSA, KSA, KSU, dan sebagainya.
  4. Gaji yang menarik, Elaun, Cuti tahunan, Pencen dan jika khidmat kita memberikan impak kepada negara tidak mustahil kita akan mendapat anugrah seperti Dato; Tan Sri dan sebagainya. Kebanyakan Ahli Politik ramai yang lahir daripada PTD ini.
  5. Fakta penting yang mesti di ketahui ialah, Pegawai PTD ini bukan bekerja si satu bangunan atau kementerian sampai pencen. Tetapi, PTD selalunya akan berubah2 dari satu kementerian ke kementerian yang lain. Jawatannya tidak exskulusif kepada satu pihak sahaja. sebab itu, Ujian bertulis PTD merangkumi semua aspek cabang ILMU. bagi mendapatkan seorang pegawai yang berkaliber, berketrampilan dan boleh berkhidmat dengan cemerlang.

Jika kawan2x ada memohon jawatan PTD, boleh la check keputusan di link ini PTD Result

Banyak lagi kelebihan yang ada jika kita di serap masuk ke PTD. Dan yang pasti, jika anda seorang pegawai, secara automatik rasa hormat dan respek akan terbina di sekeliling kita. orang akan panggil kita TUAN, Dato dan gelaran yang selayaknya. Akan tetapi, yang tidak bestnya ialah, ramai pegawai Kerajaan ini suka mencuri tulang, tidak efisyen dalam kerjaya, MALAS, tidak proaktif dan yang pastinya sifat2 ini akan mendorong pegawai kerajaan belot dalam kejanya, seperti Rasuah, penipuan dan sebagai. Bukan semua pegawai kerajaan seperti ini, tetapi sebahagian kecil yang melakukan perkara ini menyebabkan mutu sektor kerajaan diperlekehkan. Jika anda ada pengalaman bekerja di sektor Swasta, mereka selalu melakukan perbandingan diantra mutu kerjaya, prestasi dan produk antara kerajaan dan swasta. dan semestinya, Swasta akan mendabik dada dengan mutu dan cara kerja mereka.

Kita kembali kepada topik asal, Katakanlah, saya mendapat temuduga PTD tersebut, insyallah saya akan menduduki peperiksaan tersebut, anggap sebagai pengalaman. Dan pastinya, saya akan melaburkan 5 tahun saya bermula 2011 untuk mendapatkan PHD dan seterusnya menjalankan tanggugjawab saya sebagai seorang pensyarah. Doakan kejayaan saya didalam pengajian dan kerjaya. KAHWIN???….. Insyallah, ada la rezkinya nanti :)