Assalamualaikum.

Salam sejahtera semua. semalaman saya tak boleh tido, macam ada something je datang kaco, seram sejuk semacam je. Nanti la pergi cari arafat, suruh dia tgk2 kan. tak cite lebih2, nanti meremang pulak bulu tengkuk seorang. yg penting ana selamat dan sehal walafiat hari ni. Ingatkan Irman nak datang nilai, tak jadi plak dia. Irman tu–>(member masa Diploma dulu. “Goo Kacik kawe”). he. hari ni plan nak siapkan laptop “Yam” yg dah bertangguh dekat seminggu dah. sibuk sikit la seminggu dua ni. test, latihan serta siapkan projek ilmiah. yela kan tahun akhir dah. kejap je dah 4 tahun belajar kat sini—>

kalu selalu Higway plus dari arah selatan ke Kl akan, jumpa la bangunan ni. tepi hihgway tu dah boleh lihat tersergam besar bangunannya.tetapi kalu masuk ke dalam kampus. agak sunyi la hujung minggu. student semuanya menetap di kolej kediaman di luar. seperti di Nilai Impian dekat Nilai3, Sutra Indah Nilai Square, Desa Akasia dan Jati bersebelahan dgn Usim. Kolej kediaman rasmi belum disiapkan lagi. Insyallah tak tau bila akan siap. he.

Rutin harian hujung minggu saya, lebih kepada siapkan kerja tertunggak, pergi mengajar dan bermain tennis. dah jadi sukan Rasmiku. he. Next week akan ada SUFA, sukan antara fakulti. so boleh la tengak sape lagi handal. ye x. he

Saya jenis suka happenin2, tak suka stress, pasif dan moody. so bila duk bising2 kat belakang or dengan kawan2 tu, lebih kepada menghidupkan suasana. tapi ramai jugak yg tak suka berperangai macam tu. yela, kene la skema, kontrol, cakap kena jaga dan whatever la. bagi saya, selagi kita jaga keharmonian, merendah diri, tak sombong, mudah menerima teguran dan kritikan, dan mudah meminta maaf serta memaafkan. itu menunjukkan kita ni BERJIWA BESAR dan matang. matang bukan sahaja dizahir dengan cara bercakap dan kelakuan, tetapi matang adalah cara kita berfikir. ramai mana org yg skema,nampak matang, nampak trustworthy, tetapi hancur dalam pergaulan dengan maysrakat. mudah melenting dan sukar menerima kesalahan diri. Orang yg pandai ituadalah org yg belajar dari kesilapan dan cuba mengelak dari melakukan kesilapan yang sama. jika kita jenis takda wat silap, so mcm Malaikat la kta. ye tak.

Jenis hentam kromo dan tidak menyelidik sebelom bercakap juga makin berleluasa di mana2. lebih2 di tempat belajar. mudah sangat kita menghentam seseorang jika tidak sealiran dengan kita, or tak sedap mata memandang. termasuk la juga saya kadang2. he. tapi saya cuba mengelak sikap tersebut. kita nampak org tu ada buat kesalahan, terus kita hentam dia dengan macam2 kritikan dan ungkapan. tetapi adakah kita tahu kenapa berlaku perkara tersebut, adakah kita sudah bertanya dengan tuan empunya diri tersebut sebelum mengkritik?… amat jarang bukan. selalunya, terus je kita terjah dan buat andaian macam2. Sebijik macam Rancangan Melodi dan rancangan gosip lain. (rancangan paling saya benci kerana mudah mengaibkan org lain,,,,,nanti la ada masa saya tulis entry tentang ni plak)…  so. untuk lebih adil, senang cerita kita jgan cakap apa2, biar org yg berkaitan bercakap. jika kita nak bercakap juga, selidik dulu, tahu asal usul cerita dulu sebelum buat cangan dan kritikan.

saya timbulkan isu ini bukan apa, antara sebab mudah berlakunya permusuhan adalah jenis bawak mulut, syak wasangka, mengkritik tak tentu pasal, hentam kromo, jual cerita, aibkan org dan sebagainya. kita manusia ni sama je. lebih kurang je dan mudah buat kesilapan. jika kita tahu kita dah wat kesilapan, kita sepat2 mintak maaf dengan org yang kita buat tu. perkara ni mudah je dari segi teori, tetapi nak buatnya memang susah. tinggi sangat ego dlaam diri. lebih2 lelaki,…. perempuan pun apa kurangnya kan.

Antara emosi lelaki dengan perempuan, lelaki lebih tinggi egonya, dan tak suka diungkapkan kelemahan depan org lain. maruah lelaki ada pada egonya, dan ego lelaki akan jatuh apabila menangis dan meminta maaf secara terbuka. tetapi bukan itu yg lelaki nak pertahankan, yang lagi penting bagi lelaki adalah, dapat menjaga kebajikan org yang di sayangainya. dan bagi perempuan pula mudah terasa, kadang2 perkara kecil dan simpla pun, boleh menajdi perang besar. dan yg lagi haru. sifat berpuak2 atau Asabiah sesama kawan tertentu dan geng tertentu, makin menjadi2. mudha bergaduh dan berperang besar. itu la, hikmah perbezaan antara dua jenis manusia ini. hikmah allah ciptakan lelaki dan perempuan memang jelas kita tahu—->

سُوۡرَةُ النِّسَاء

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَخَلَقَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡہُمَا رِجَالاً۬ كَثِيرً۬ا وَنِسَآءً۬*ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ*ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا (١

Maksudnya : Hai segenap manusia! Takutlah olehmu kepada Tuhanmu yang Dia telah jadikan kamu dari nafas yang satu , dan Dia telah jadikan dari padanya akan jodohnya, dan daripadanya Dia kembang biakkan banyak orang lelaki dan perempuan.


سُوۡرَةُ الحُجرَات

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ*ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ*ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣

Maksudnya: Wahai segenap manusia! Sesungguhnya Kami telah jadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan , dan kami telah jadikan kamu beberapa puak dan beberapa suku bangsa , agar supaya kamu saling berkenalan tahu mengetahui.

Jadi dari ayat diatas kita dapat simpulkan bahawa. banyak sangat kontranya antara lelai denganprermpuan. dan itu bukan bermakna kita perlu memusuhi, tetapi, kita jadikan ianya saling melengkapi.

akhir kalam. entry hari ini, lebih kepada luahan hati sebenarnya, ada sikit terasa hati dengan beberapa orang, tetapi, bila kita tahu, kita di pihak mana, kita cuma perlu kembali kepada yang terbaik untuk dilaui. kepada sesiapa yang membaca entry ini, baca la dengan hati terbuka, dan ambil lah butir yang bagus untuk diikuti, dan yang mana rase tak bagus, info kan kepada saya. beribu kemaafan kepada sahabat2, kenalan dan Guru2 serta pembimbing di sini. Wassalam…