Keputusan SPM & STAM dah keluar

Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua pembaca.
Alhamdulillah,akhirnya hari ini, 11 Mac 2010, segala teka-teki, segala kegusaran dan segala jenis senak, kecut perut, semuanya dah berlalu. akhirnya, keputusan SPM dan STAM di umumkan. Saya tidak terlibat dengan keputusan tersebut, tetapi, adik-adik saya, Noradilah dengan Zikrullah. mereka berdua lah yang berdebar2 menanti slip sampai ketangan.
Untuk pengetahuan, bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu SPM dengan STAM, meh sini saya ceritakan. hehe
SPM: Sijil Pelajaran Malaysia, boleh dikatakan jugak macam O-Level la. kebanyakan mereka yang mengambil SPM akan ke Matrikulasi, Politeknik, Diploma dan tidak akan terus mengambil Ijazah Muda. dan kebanyakan mereka yang tercicir, akan bekerja. antara syarat untuk diambil bekerja juga adalah mempunyai SPM. jadi, SPM ni, sangat penting kepada semua org. Jika memasuki sektor awam, kemungkinan jawatan yg akan diperoleh adalah S17.
STAM: Sijil Tinggi Agama Malaysia, dulu, kebanyakan Negeri, terutama Kelantan mempunyai peperiksaaan sendiri, di Kelantan di namakan STU: Sijil Tinggi Ugama. tetapi, pada tahun 2002, diselaraskan, bagi mereka yang berminat melanjutkan pelajaran dalam pengajian Islam. mesti mengambil STAM. dan jika berminat menyambungkan pelajaran ke Timur Tengah, seperti Mesir, hanya STAM sahaja sekarang, diluluskan dan dikira pakai. STAM sekarang, telah di iktiraf oleh JPA, kelulusan STAM adalah setaraf dengan STPM dan Diploma. jika memasuki sektor awam, kemungkinan jawatan yg akan diperoleh adalah S27. utuk lebih mengetahui tentang STAM, boleh layari laman ini

Berbalik kepada cerita adik saya, yang lelaki telah mendapat 7A, daripada sebelas subjek, yang lain saya tak pasti dia dapat apa, belum tanya betol2. he dan yang perempuan mendapat Mumtaz untuk semua subjek yg diambil. dan kedua2 nya menjadi pelajar terbaik sekolah masing. akhir tahun lepas juga, adik saya yg mengambil PMR mendapat keputusan memberangsangkan iaitu 7A. dan yang lebih terharu, kedua2 mereka, bersekolah di sekolah yang agak terpencil di besut dan P.Putih. berbeza dgn saya dan adil saya yg no 2, bersekolah di sekolah yg agak ternama, iaitu Maahad Muhammadi Lelaki dan adik saya di SMKA Kuala Abang, lebih dikenali juga sebagai sekolah Bestari.
Apa-pun. saya ucapkan tahniah kepada adik saya dan seluruh calon yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang. kepada mereka yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, jangan bersedih, di hadapan kita masih banyak lagi peluang untuk berjaya dan menjadi terbaik. A dalam pelajaran atau Mumtaz dalam Maddah yang diambil, bukan lah penentu masa depan yang lebih panjang, jika mereka memasuki University, mereka perlu berusaha lebih keras, dan mengubah corak belajar kepada corak belajar seorang Mahasiswa. dan menjadi pelajar tidak bermakna, kita hanya perlu belajar sahaj, tetapi, dalam masa yg sama, cari kekuatan, kelebihan dan kemampuan diri, keluarkan Soft skill dan kelebihan diri yang ada, yang yang paling penting, doa dan tawakkal kepada Allah.
Akhirnya, segala sesuatu itu, akan kembali kepad Allah, kejayaan, kegagalan dan sebagainya, merupan rahmat Allah kepada kita semua, jika berjaya jangan mudah lupa diri dan jika gagal, kita mempunyai peluang kegagalan dan bila kita bangkit, kita akan lebih tabah dan cekal. Semoga adik2 saya, termasuk saya dan semua calon yang mengambil keputusan, buatlah keputusan yang terbaik untuk masa hadapan anda, jgn memilih kursus yang kita tidak minati, Solat Istikharah, minta petunjuk supaya segala pertaturan hidup kita, mendapat rahmat dan berkat dari Allah. Wassalam

nice..gud job..improving ur articles from time to time..mybe i can suggest smtg to u..reveal d conspiracy of illuminati..nowadays they are backbone of crucial events in the world..