Bila Ramadhan bukan lagi di Nilai !!!

Assalamualaikum w.b.t.

Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak. Selamat menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan pada 2011 bersamaan 1432 hijriah. Moga segala ibadah yang kita laksanakan di bulan mulia ini, diterima oleh Allah. Insyallah. Tahun ni, bermula Menjalani ibadah puasa di Sungai Tangkas, Bangi, Sebelum ini, sudah 5 kali Ramadhan telah sempurna dengan jayanya di Nilai, Negeri Sembilan.

Kat Bangi kali ni, berpuasa bersama Afif, Mizi dan Pali (member lama masa maahad & Kuis). Rutin hari2 bulan Puasa, depan laptop, menaip kerja2 tertangguh dan juga, menonton apa yg patut Smile.

Apa yang menarik setiap kali Ramadhan ialah, kekuatan untuk menahan nafsu makan. memang betol, bulan puasa ni la, tempat latihan terbaik untuk mengawal makan. masa siang, mudah je kalau tak makan, tapi, cuba tengok malam, Fuhhhhhh, susah beb, macam2 makanan ada, kalau takde menarik, sanggup keluar cari makan tu. Almaklum la, kat Bangi ni kan, memah dengan kedai makan, jadi, kalau setakat nak masakan panas, western & fast food, memang takde masalah la.

Apa2 pun, azam puasa kali ni, nak kontrol makan, stakat ni, boleh la, kawal sket2. insyallah, kene usaha lebih lagi. dalam masa yg sama, ada beberapa perkara lagi yg mahu di capai dalam Ramadhan kali ni, malas nak sebut plak kat sini. hehe. nak tau ke? xpayahla. hehe.

Ok lah. Setakat ni dulu, nanti, sembang lagi, Streamyx duk offline dekat seminggu dah, selenggara apa lama giler. geram dah ni. k, selamat berbuka, Wassalam.

Jom Layan Ceramah Oleh Ustaz Azhar Idrus Kat Bawah tentang Puasa Org MELAYU….

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge