Hari Ini

Blog Suspended……………

Assalamualaikum

Apa khabar semua, akibat beberapa minggu tidak mengupdate blog, terlibat dgn pelbagai aktiviti luar dan sebagainya, sampai saya terlupa lagi 2 hari hosting akan di suspend. Akibatnya juga, selepas ini, seminggu lebih juga la, baru blog ini akan kembali keudara.

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa dan ketika meninterpretasikan minda dan pengetahuan dalam berkongsi pandangan serta pendapat. Blog Jundullah Osman akan berubah wajah March ini. dengan rupa dan konsep yang baru serta lebih menarik.

Pejam celik Blog ini telah mencapai ulang tahun pertama, insyallah, selepas ini, saya akan lebih rajin dan bersemangat dalam mengendalikan dgn lebih berkesan. terima kasih semua.

Wassalam

Tahun Baru-2011-Sarjana-Azam Baru-Piala Suzuki-Masters-Senyum Sokmo

4

Assalamualaikum w.b.t.

Jangan pening dengan tajuk di atas, Anggap lah, title untuk post tahun baru 2011 ni macam permalink html ek. Kalau xtau permalink html tu apa, boleh la googling nanti2 yer. Post kali ini, saya mahu membuat satu rumusan apa yang saya telah capai pada dari awal tahun 2010 sehingga malam terakhir 31 Disember 2010. Jangan risau, saya bukan buat karangan, cuma ingin berkongsi dengan kawan2, sedara mara yang mahu tahu perkembangan saya dan follower saya.

ihappy-new-year-2011

Sepanjang tahun 2010, banyak peristiwa, kejadian, pencapaian, anugerah dan sebagainya yang terjadi. Antara yang paling menarik ialah, Tahun 2010 juga merupakan tahun yang paling aktif sebagai Blogger Terhormat. Wujudnya blog JundullahOsman Dot Com merupakan pengalaman manis yang dapat saya kongsikan dengan pembaca. Kalau ada yang perasan, ada satu post saya, mendominasi carta post terhebat. perbahasan panjang lebar oleh tukang komen, insyallah, saya akan buat satu post mengenai isu tersebut. boleh rujuk post tersebut di sini Siapa Alexander?

Tahun 2010 hampir melabuhkan tirai pada malam ini, di bawah saya coretkan pengalaman yang saya lalui sehingga tiba ke penghujung tahun:-

(more…)

Salam Aidil Adha buat Kalian

5

Poster Raya Haji

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat di seluruh Dunia khasnya di Malaysia, Tanah Air Tercinta. Raya tahun ni, saya tak sempat nak balik ke Terengganu. Masa suntuk sangat, dan ada pula appointment di Hospital Putrajaya present 9 keesokan nya. Jadi, tunda la cuti ke satu tarikh yang lain.

(more…)

Ipod Idamanku akhirnya………Milikku

2

Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang tidak pernah puas membaca dan mencari ilmu. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, rezeki yang datang tidak disangka2. Masih ingat lagi entry saya 2minggu lepas tentang Sistem Kedai Online Niagakit ( Klik Sini untuk baca). Review Sistem Kedai Online Niagakit tersebut telah diisytiharkan sebagai pemenang tempat kedua dalam pertandingan dibawah Cabaran 25 Hari Mencari Blogger Terbaik & Paling Kreatif Seantero Malaysia!

Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia nakpak dimana?…

itulah peribahasa lama2, siapa sangka hadiah tempat kedua berupa Ipod Nano 8Gb yang berharga lebih kurang RM500 lebih menjadi milik saya. terkedu malam sabtu baru ni apabila senarai nama pemenang di isytiharkan. saya mendapat tahu pun selepas membaca post komen di Facebook. Kebetulan saya baru balik dari program penuh sentimental “Dinner Program Quran Multimedia Batch II”. nanti saya postkan satu entry khas tentang dinner tersebut.

credit picture to : www.yorkblog.com
 (more...)
Go to Top