Hari Ini

Banjir Kilat Teruk Di Sekitar Metro Kajang

3

Source: BeritaSemasa.com

Assalamualaikum w.b.t.

Memandangkan saya ni warga Kajang, saya kena tulias jugak Post ni. Detik cemas berlaku apabila Bandar Kajang yang sentiasa sesak saban hari ditenggelami banjir besar. banyak kereta terkandas. banyak juga barang jualan yang rosak. Video dibawah ni, menceritakan segalanya.

Dalam Pukul 7pm tadi, saya sempat ronda2x kawasan metro kajang. Memang dasyat banjir kilat nya. Sekitar Metro Kajang menghala ke arah Bank Islam dan Pasar Kajang, serta Hadapan KFC memang teruk kena. Anda boleh tgk gambar kat atas, tingginya air sampai tenggelam kereta. Cuba bayangkan pula kereta yang parkir di bawah Plaza Metro Kajang. Memang Terpaksa di “Towing” la alamatnya.

Saya ada tanya mereka yang dah lama berada semasa banjir, katanya, air sungai melimpah berpunca daripada aliran sungai belakang metro kajang. Air pula, berlumpur dan melekat, memang susah la nak mencuci kedai2 lepas ni.

(more…)

Doa Awal Muharram Pada Maghrib Nanti

0

Doa Awal Muharram

(more…)

Visualization Toolkit Workshop (VTC) , FTSM UKM

1

 

Assalamualaikum w.b.t.

Tarikh Lawa hari ni 11.11.11 , so saya nak tulis juga artikel baru kat Blog. Kalau siapa yang perasan, malam raya Haji Baru ni, Blog JundullahOsman.com kene hack dengan sape ntah. jem 2-3 hari. Nasib baik Jom Hosting cepat buat recover, kalu tak, dah memang buat blik la eden ni Smile.

Hari ni kat Fakulti Sains Teknologi Maklumat (FTSM), UKM, Seminar Visualization Toolkit (VTC) telah diadakan oleh Penganjur The 2nd International Visual Informatics Conference 2011 (IVIC’11). Peserta lebih kurang dalam 20 Orang, dan harga Workshop ehem ehem … banyak “RAT” jgk la. Berapa ? tak nak bagi tau Smile with tongue out

(more…)

Salam AidilAdha ke Seantero Dunia

1

Aidiladha di Perantauan

 

Assalamualaikum w.b.t.

Aidiladha datang lagi. dan kali ni, saya tak balik kg lagi. Raya Haji di rumah sewa  je bersama teman serumah yang terpaksa bekerja di Hari Raya Smile . Best ke Raya Haji di Rumah Sewa kat Selangor ni? Jawapannya mesti la tak best, sebab, kita beraya tanpa Keluarga disisi lain rasanya. Tetapi kalau Sudah berkeluarga nanti, lain pula ceritanya Smile with tongue out.

Betol ke Raha Haji kat Pantai Timur best, terutama Kelantan dan Terengganu? Bagi pandangan saya, Raya Haji di kedua2 Negeri ni unik sedikit terutama kemeriahan ketika Qorban dijalankan. selalunya, akan jadi seperti sebuah majlis kenduri yang besar. Dalam masa yang sama, semua ahli keluarga akan turun bergotong royong melapah daging dan dibuat makan ketika tu juga.

Raya Haji bukan setakat Qorban sahaja, banyak hikmah yang mengalir bersama keringat mereka yang terlibat dalam Qorban. Antaranya, menundukkan ego kita sebagai manusia, menjalinkan silaturahin sesama keluarga dan setempat. Bersedekah itu satu cara untuk mendidik jiwa menjadi insan yang bersyukur.

Makkah yang bersinar ketika Haji Ya Allah, Aku Rindu untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci MU

Sesetengah keluarga, menunaikan ibadat Qorban serentak dengan Akikah. 2 dlm 1. disamping keseronokan beraya, tanggungjawab kepada anak2 yng masih belum diakikah juga mesti di tunaikan. Hikmah Akikah? Google je, banyak artikel mengenai hikmah Akikah Smile with tongue out

Dibandar, Kemeriahan Qorban tetap terasa, kawasan Sg. Tangkas dan Taman Tropika ni juga ada Majlis Qorban. 5 ekor Lembu akan di selesaikan esok 7 November 2011. So, kepada ahli taman, housemate eden, jom ler kita join  memeriahkan Majlis.

Suram sebenarnya Raya Haji sendirian ni, lain kali, mesti curi masa beraya dengan keluarga, Insyallah, Love U All Smile. Wassalam.

Aku Suka Main Tennis

0

Assalamualaikum w.b.t.

Nak buat pengakuan sebenarnya, dah nak masuk 3 bulan lebih aku tak main Tennis. Sebabnya, partner yang selalu duk main bersama dah pindah rumah balik Pahang. Jadi, tinggal la ku sendirian, tanpa rakan diajak bermain. hehe.

Bestnya main Tennis ni pada pandangan aku la, sukan yg bagus untuk mereka yg separa obes cam aku ni hehe. cuba korang tgk, ramai yang hebat main tennis tempat kerja korang, memang bulat2 dan beso, tak percaya, pergi tgk hehe.

Tennis ni jugak, permainan yang penuh dgn Glamor, yela, dapat pegang raket tennis yang besau tu, lepas tu, hayun plak xnak kalah dengan Nadal dan Federer, memang la nampak coool hehe.  Tapi la bagi aku, kalu hayun nampak hebat, tapi bola “home run” keluar court, wat malu jer. he

Tennis ni, permainan yang memerlukan modal yang tinggi, 3 biji bola, paling murah nak dapat area bangi ni, kat seksyen 15, boleh la dapat Harga RM9.90 tu kira bajet la tu. kalau dapat main dengan mereka yang Pro, dapat la merasa bola yang mahal. Beza bola murah dan mahal, susah nak terangkan. p main dgn bola mahal, memang best, lain rasanya Smile

Kisah bermulanya aku main Tennis, 4 5 tahun lepas, masa kat hostel, senior aku d yang minat main tennis, tgk diorang duk hayun raket dalam bilik, nampak cool je. setahhun lepas tu, baru la, aku cuba2 main tennis. Tu pun pinjam raket dengan Pakcik zul. pinjam tak hengat punya, makan bulan beb hehe.

Apa2 pun, minat aku dengan tennis, dan skill makin “Habat”, terima kasih kepada Guru aku, merangkap Sifu kemahiran Hidup, Capt Uncle Abu Samah. Jaga berlatih, kene balun dgn dia,xde la aku sampai tahap mcm ni. Uncle memang terbaik, cara dia ajar mudah faham dan yang penting, sangat best dapat bermain dgn dia.

Raket aku sekrang ialah WILSON. Beli yang 2nd je. p harga jgn tanya, haha, banyak “RAT” jugak la. p yg bestnya, bila hayun,memang syok. Eksesori paling pentinng selain raket ialah, kasut tennis. pernah pakai wat main dgn kasut lain, sekejap je hancur. Kasut tennis, boleh jaga ankle kita dan bila berlari, terasa laju jer.

Mesti ramai tertanya, kenapa hari ni bercerita tentang Tennis plak. hehe. Sebenarnya, Gian sangat nak hayun raket dan main tennis, tapi takde member yang boleh diajak bermain. team lama, ada, p kat Nilai, jauh plak nak g sana. kalau ada sapa2 area bangi, nak ajak main tennis, jom la ajak saya. hehe. insyallah, boleh la buat keluar peluh.

Raya Haji nanti, balik kampung tak? aku tak balik kot, raya sini je. dgn mereka yg tak balik kg. hehe. ok. Selamat RAya AidilAdha. Wassalam.

Go to Top