Coret-Coret
Coretan Peribadi. apa yang rasa nak di tulis, akan di taip di sini.
Jadilah Pemandu yang Defensive Bukan Offensive
3
Assalamualaikum w.b.t.
Jumaat 26 Ramadhan, Selepas balik dari Masjid Batu Enam, berimamkan Bekas Imam Besar Masjid AL-AQSA iaitu Sheikh Mahmood Siyam. Dengar kuliah pendek selepas Subuh dan sesi soal Jawab bersama Jemaah Masjid. PenterJemah pula, kawan baik saya Mahyuddin Yusuf yang baru habiskan pengajian di Syiria. Antara Point yang Menarik ialah, berkat doa, dan sokongan Muslimin dan Muslimat suluruh Dunia, Penduduk Palestin Tabah mengharungi segala Pancaroba di Tanah Air sendiri. Sokongan kita dari segi kewangan, Makannan, Doa dan sebagainya, memberikan manfaat yang besar kepada penduduk Palestin dari kekejaman Israel.
Baca doa ni dulu :
Amalkan doa musafir :
اللهم إنا نسألك في سفرنا هذا البر والتقوى ومن العمل ما ترضى ، اللهم هون علينا سفرنا هذا واطو عنا بعده اللهم أنت الصاحب في السفر والخليفة في الأهل، اللهم إني أعوذ بك من وعثاء السفر وكآبة المنظر وسوء المنقلب في المال والأهل
Hari ini saya mahu bersembang mengenai Suasana Balik Kampung sempena Hari Raya AidilFitri 1432H. Bermula Hari ini, suasana cuti sudah meresap di kalangan penduduk Malaysia. Bak Pelajar atau pekerja semuanya sudah bermula bercuti. Lagu Balik Kampung dendangan Allahyarham sudirman kedengaran kerap di Radio. Semakin membara jiwa perantau yang jauh dari kampung halaman. yang pasti, Hari Raya merupakan saat terbaik untuk bersua muka dengan keluarga dan sahabat handai. Tetapi apabila Hari Raya tiba, Jalan Raya di Malaysia menjadi Medan Puaka Maut kepada Pengguna. Amat menyeram dan Menyedihkan.
Sejak awal 2000, kadar kemalangan di Malaysia semakin meningkat dan terutama ketika Hari Raya yang menyaksikan berjuta kenderaan Pulang ke Kg Halaman. Kemalangan Maut terbesar di sumbangkan oleh Penunggang Motorsikal. Tidak terkecuali juga kereta dan Bas sentiasa terlibat dengan kemalangan saban tahun.
Ngeri bila menyaksikan kemalangan maut Ngeri sentiasa terjadi negara kita. Yang pastinya, apabila kemalangan berlaku, nyawa2 yang berharga, nyawa yang tidak bersalah dan sebagainya melayang pergi berlalu. amat malang jika yang mangsa terlibat merupakan aset berharga kepada negara, dan Agama. di manakah punca nya kemalangan di Malaysia ini sentiasa tinggi ?
Kemalangan setiap hari mencecah 1000 dan lebih, mengerikan sesiapa sahaja yang melihat statistik. Kemalangan juga tidak mengira usia dan tempat, sengaja atau tidak dan sebagainya. dengan angka kemalangan yang tinggi, menjadikan Jalanraya di malaysia merupakan pusara dan kuburan tidak bertanda.
Punca utama ialah, kelalaian, kecuaian, penting diri sendiri dan attitude pemandu. Walaupun kita memandu dengan penuh berhemah, tetapi, pemandu lain boleh menyebabkan kemalangan. Betul ajal maut di tangan tuhan, tetapi, kita mempunyai pilihan untuk mengelak kemalangan. Apa pilihannya?
BERHEMAH DI JALAN RAYA
Berhemah di sini bermaksud, memandu dengan penuh tumpuan, elakkan kecuaian, jangan pentingkan diri, beradab kitika memandu dan sentiasa amalkan nilai2 baik di jalanraya. saya suka menggunakan gambaran Defensive dan Offensive dalam sukan sebagai perbandingan.
Jadilah pemandu yang Defensive, iaitu, pemandu yang tidak mudah terpengaruh dengan serangan pemandu lain, contohnya, jika ada kenderaan laju, kita berikan jalan, tidak mengikut kenderaan memotong barisan, mengikut lampu isyarat, memandu dengan penuh tumpuan dan yang penting, Sabar dalam pemanduan.
Google PageRank Naik Mencanak!!!!!!
0
Assalamualaikum w.b.t.
Larut malam pula menulis malam ni. Asalnya malas nak menaip post, tunggu esok aje, tapi, sebab mata tak mau lelap, buka laptop, layan Google Reader. Sekali kebanyakan blog bercerita mengenai PageRank malam ni, pelik pulak rasanya, setahu eden, Google PageRank selalunya pada bulan April, ni dah nak masuk Julai tetiba ada update plak. Fenin pula eden. Ni mungkin sebab belajar tajuk pagerank dengan Prof. Dr. Shahrul Azman Mohd Noah semester lepas kot
. Kalau nak usha2 bagaimana PageRank dikira, cuba fahamkan algorithm di bawah ni. Saya malas nak terangkan. pening malam2 nak kira.
.
Apa kaitan PageRank dgn blog ni? hehe. ni nak bagi tau, blog ni xpenah2 la dapat PageRank semenjak beroperasi dalam 2tahun ni, paling ok sket pon Alexa je yg turun naik selalu, almaklumla, owner ni memang jenis malas sket nak menulis artikel baru. tapi kan, bila dan start menaip, siap la, berjela la panjang nya. hehe.
Ok la, terus kepada topik, baru je tadi check PageRank, ada la termuncul PR3 kat chacker tu. jadi makna nya, blog ni dah naik sket la dari PR0 sebelum ni. apa kebaikan kepada tuan punye blog? xdapat pape pon, kalu malas menulis hehe. p kalu rajin menulis, insyallah, ada la rejekinya. apa yg penting, berblog la secara jujur dan halal. jangan cari populariti menerusi saluran yg meragukan. nanti makan hasil syubhah pula.
ok la, kepada kawan2 yang esok ada temuduga FELO SISWAZAH di USIM, selamat menjawab seolan dgn penuh yakin dan bersemangat. apa yg penting ceritakan tentang niche ataupun bidang yg anda mahu kaji apabila melanjutkan pelajaran di peringkat Master dan PHP nanti. Rezeki dari Allah, kita berusaha, insyallah, DIA akan memberikan yang terbaik unt hambanya.
Wassalam.
p/s: kalau tak tau apa itu PageRank boleh rujuk sini —- > Ariffshah
Recent Comments