Hosting Kena Suspended 5 Hari
Assalamualaikum w.b.t.
Minggu lepas, tiba2 je Hosting kena SUSPENDED. mula2 ingatkan domain yang “expired” tetapi, bila double check kat blog dan web dalam hosting yang sama, memang hosting punya problem. Akibatnya, semua web yang di host kat Jom Hosting, terabai selama 5 Hari.
Selepas hantar support tiket, respondnya macam kat bawah
semakan kami akaun – jundullahosman.com telah mengunakan CPU Usage secara berlebihan menyebabkan akaun ini digantung secara automatik, mohon untuk anda tidak mengunakan plugin memberatkan server.
So, tak tau la, apa yang penyebabnya, mungkin plugin kot, bila check balik, takde pula plugin yang auto2 ni, macam auto ping, rasa nya dah lama disable. Lepas hantar komen, ingatkan terus live semua blog2 yang ada, rupanya tak, hantar balik komen, minta cepatkan baik pulih, akhirnya, camni jadinya,
Salam.
maaf atas kelewatan reply. kami sebenarnya sedang selesaikan masalah akaun yang disuspend oleh pihak pembekal server US kami. Oleh kerana terlalu banyak masalah, kami dalam proses mendapatkan full backup akaun anda dan akan kami pindahkan balik ke server di Malaysia
supaya lebih mudah kami kawal sepenuhnya.
Pulak dah, Makna nya, hosting saya yang selama ni kat US tu akan di transfer ke Cyberjaya la Lepas ni. Di sebalik peristiwa ini, satu perkara yang saya perasan, dah lama sebenarnya, saya berhajat nak pindahkan server dai US ke Cyberjaya. Kebanyakan Blog saya yang lain, target user adalah dari Malaysia sahaja, jadi, masa loading dan sebagainya akan dapat dikurangkan, dan kecekapan prestasi web2 kendalian saya, lebih efisien. Dan juga, kalau ada hal lepas ni, mudah la diuruskan oleh team Jom Hosting. Tak Gitu.
Dan Selepas 5 Hari, hari ni saya dapat email dari Jom Hosting
New Account Information
Hosting Package
Domain: jundullahosman.com
Terima kasih banyak2 kat team Jom Hosting, kerana transferkan akaun hosting dari US ke Cyberjaya, dan insyallah, lepas ni, Selamat mencari LAILATUL QADAR di 10 Malam Terakhr RAMADHAN ini. usaha Tangga kejayaan. Wassalam

lebih kurang gitu la kate nye, bila di cek balik, xde plak guna plugin yang auto2 ni. hmmm, mcm2 la, p apa2 pun, asal dah ok, kira bagus la, malas nak bebel lama2, sabo je.