Assalamualaikum w.b.t.

Post kali ni simple sahaja. memandangkan ramai yang selalu bertanya bagaimana cara nak daftar syarikat secara online. Sebetulnya, SSM belum lagi menyediakan kemudahan mendaftar syarikat secara online, tetapi kemudahan mencari nama pendaftaran syarikat yang masih belum digunakan lagi ada. Hari ni saya berkongsi kaedah macam mana kita hendak tahu nama yang kita minat untuk daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang masih belum digunakan.

Sila lawati laman web ini   http://www.ssm.com.my/cariannama.php , seterusnya, usha2 la dulu apa yang ada kat situ, tengok2 design ok tak :) .

cara check nama syarikat online 1

Selepas anda memilih bahagian mana yang dikehendaki, laman di bawah akan muncul

cara check nama syarikat online 2

Register jika anda belum mempunyai akaun. Jika sudah ada ikut anak panah yang saya tunjukkan. kemudian, anda akan dibawa ke laman pendaftaran  dibawah.

cara check nama syarikat online 3

Selesai mendaftar, pergi balik ke page di atas, (2 gambar diatas). klik pada login. seterusnya, anda akan di bawa ke laman login.

cara check nama syarikat online 4

Selesai sahaja login, laman dibawah akan menunggu anda. siap sedia cepat2 dengan nama pilihan. cari la lebih daripada 50 nama. taku2 50 tyu pun dah berpunya. :) . he

cara check nama syarikat online 5

Setakat ni faham tak dengan apa yg saya tunjukkan. kalu tak faham. rehat dulu, minum2 kopi. lepas ni sambung balik. ala ni simple aje. saya dah permudahkan dengan skreecshot. :) . ok. lepas ni, part yg paling penting. masa ni la anda akan masukkan nama pilihan anda. seterusnya. result akan keluar pada bahagian bawah

cara check nama syarikat online 6 - search box

ok, selepas anda tekan enter atau pun search. tunggu la sekejap. kadang2 ambil masa lama juga. kalau nama tu memang “feymes”. result akan keluar seperti pada page bawah ni.

cara check nama syarikat online - SSM result page

Ok. dah setel. anda boleh cuba seberapa banyak kali pun anda nak. saya sendiri pun, sebelum pergi mendaftarkan syarikat. saya buat search ni dulu. nanti semasa di pejabatnya, takde lah kalut2. ok sampi disini sahaja. tutorial ini hanya untuk menunjukkan cara membuat search nama sahaja tau. yang lain2. anda boleh try sendiri. selamat mencuba. dan selamat mebuka syarikat anda sendiri. selamat maju jaya.