Jyundoo

Jyundoo

(101 comments, 85 posts)

This user hasn't shared any profile information

Yahoo Messenger: jundullahosman

Jabber/GTalk: jundullahosman

Posts by Jyundoo

Lamanya ambe menyepikan diri

0

assalamualaikum w.b.t.

Serius memang lame sangat2 tak berblog. bukan takde internet atau coverage. tapi memang malas adalah penyebab utama hehe. hari ni start menulis jugak, selepas mendapat memaksakan diri menulis jugak.

Sekarang ni, ambe kat Asian Delight, Kota Kinabalu. sebab tu rajin menulis. hehe. Tiket Fligh ni tahun lepas lagi beli. untuk 3org tiket pergi-balik RM36.60 , giler tak harganya :p

apa yg menarik kat KK ni? hmmm mlm ni baru nak exlpore. Sekarang ni, duk menunggu kawan pakwan menjemput. so lepak dlu di airport.

Ok la. nanti ambe update balik ok. cover balik 5 bulan xberblog hehe. bukan senang nak dapat mood untuk menulis. dan memang kena rajin menulis banyak, memandangkan, hujung tahun ni kena siapkan tesis jugak. oklah. Wassalam :)

Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati

0

 

Assalamualaikum w.b.t.

Salam satu dunia, kini Denaihati mengorak satu lagi langkah baru dalam dalam industri blogging dengan memperkenalkan Akademi Denaihati. Di akademi ini kami menyediakan pelbagai kursus, seminar dan latihan untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan di samping mempromosikan bekerja di internet sebagai kerjaya yang bukan sekadar sambilan.

 

Untuk merealisasikan projek ini, pihak kami memperkenalkan Seminar WordPress sebagai kursus awalan untuk mereka yang berminat menyertai Akademi Denaihati. Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:

 

Seminar WordPress

Tempat: Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

Tarikh: 14 – 15 April 2012

Masa: 9 Pagi – 6 Petang

Yuran: RM 250 (Jika mendaftar sehingga 5 April 2012) , RM 350 (Mendaftar 6 April 2012 – 12 April 2012)

 

Peserta yang menyertai seminar iniakanmenerima:

●Asas pemasangan wordpress nak membina blog bermutu

●Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien

●Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media

●Sebuah domain dan hosting selama setahun

●Sebuah eBook “Blogging For Beginners”

●Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati

●Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan

●Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd

●Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.

 

Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang WordPress kepada mereka

yang belum mengenali apa itu blogging, mereka yang sudah mempunyai blog dan ingin berhijrah ke

WordPress atau mereka yang sudah mempunyai blog WordPress dan ingin mendalami WordPress.

 

Jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh lakukan pembayaran ke akaun berikut:

CIMB – 12360003070058 (Ultimate Brilliant Services and Trading)

Setelah melakukan pembayaran, sila emailkan kami butiran berikut ke

(more…)

Wordless Wednesday #12 , New FLX SE

0

saga flx 1.6 SE White

CountDown Bersama Ustaz Azhar Idrus Vs Zizan Raja Lawak

3

Pada 31 Disember 2011 yang lepas, satu Program anjuran Kerajaan Selangor di Dataran Shah Alam, menggandingkan Penceramah Terkenal Ustaz Azhar Idrus dan Pelawak Paling Popular Tanah Air, Zizan Raja Lawak. Saksikan Video Berdurasi 1 Jam lebih ini, bersama2 ahli keluarga anda yang tidak berkesempatan datang ke majlis Tersebut. Rock Yeah.

Selamat Tahun Baru 2012

0

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat memasuki tahun baru 2012 pada hari ini. Sekejap aje masa berjalan meninggalkan 12 bulan di tahun 2011. Pengalaman, kenangan, kejadian dan sebagainya yang telah terjadi pada 2011, kita simpan dalam lipatan buku sejarah. Mana yang baik kita ambil dan amalkan, dan mana yang buruk, teruk kita berusaha untuk jauhkan. Moga 2011 yang telah berlalu menjadi tahun pengalaman untuk kita membesar dan menjadi lebih matang.

2012 membuka tirai dalam sejarah kehidupanku. Tahun ini, insyallah aku akan memiliki kereta pertamaku Smile. Tahun ini juga, kalau diizinkan Allah, aku cuba untuk menamatkan zaman bujang, Insyallah Smile. Azam kita sentiasa boleh sematkan, tetapi untuk melaksanakannya sangatlah susah dan memerlukan disiplin yang kuat. kalau tidak, azam hanya tinggal azam, kita masih juga ditakuk yang lama.

Azam aku yang utama pada tahun 2012 ini ialah menjadi lebih rajin, menghormati masa, disiplin dengan tugas dan Terpaling penting, aku mahu habiskan Master Sains Informasi di UKM dengan secepat mungkin. Insyallah. Kawan2 doakan juga untuk aku bergelar sarjana dengan jayanya. aminn.

2012 juga berkemungkinan besar tahun Pilihanraya Umum. Walaupun ramai yang cuba mengelak dengan Politik dan menganggap politik di Malaysia sangt kotor  tetapi, tanggungjawab kita sangat besar untuk menjernihkan dan membersihkan politik malaysia ini dengan kuasa veto kita. buat kajian manifesto parti politik dengan teliti, letakkan emosi, taksub dan kepentingan sendiri di belakang, dahulu, tetapi letakkan kepentingan Islam, negara dan Rakyat di hadapan. Insyallah, untuk pengundi muda seperti kita semua boleh mengubah landskap corak politik dan pentadbiran negara kepada lebih baik dan berkebajikan.

Diharap 2012 menjadi titik tolak kepada perubahan diri dan juga negara kepada lebih baik. Harapan tetap menjadi harapan jika tidak berubah dari sekarang. Wassalam.

Jyundoo's RSS Feed
Go to Top